bagus thread ni hehe..Yang ni memang rasa bersalah sangat haha
Lalu sebelah makcik tengah mop lantai,saya sanggup tak lalu situ,sanggup jalan jauh
Selain itu 6 Perbuatan Yang Menimbulkan Rasa Bersalah Walaupun Tak Salah
1) Masuk dan keluar kedai runcit tanpa beli apa-apa
Adakah penulis seorang saja rasa aneh kalau kita masuk ke kedai runcit dan keluar tanpa membeli apa-apa barangan sekalipun? Rasa macam bersalah pula keluar tangan kosong.
Kadang-kadang pembantu kedai pun pandang pelik kenapa kita keluar tanpa bayar apa-apa. Kita yang tak ada buat salah apa-apa pun, boleh rasa seolah-olah dipandang seperti pencuri pula.
2. Masuk kedai mamak hanya untuk guna tandas
Kadang-kadang bila berlaku 'urusan kecemasan' satu-satunya tandas yang paling mudah diakses adalah tandas kedai mamak, kerana kedai mamak terletak di mana-mana saja.
Bila kita masuk kedai tu dan terus ke tandas, rasa macam aneh pula kan? Penulis selalunya buat-buat tengok menu dulu sebelum ke tandas. Kalau line clear, selepas selesai urusan terus keluar kedai.
Sekiranya rasa bersalah yang amat sangat - penulis akan pesan air bungkus untuk sejukkan hati sendiri.
3. Potong kereta polis atas jalanraya
Walaupun kelajuan lebuh raya dah tertera 110km/j dan kita sebagai pemandu mematuhinya, setiap kali nak pintas kereta polis atas jalan raya mampu membuatkan semua pemandu rasa bersalah.
"Ni kalau aku potong, aku laju sangat ke? Kalau dia nyalakan siren macam mana ya?" Itulah yang bermain difikiran penulis setiap kali situasi sama berlaku.
Tapi kalau kereta polis tu sendiri dah melebihi had laju dan kita berani juga potong dia, itu tandanya kita sendiri cari nahas ya!
4. Masuk butik jenama antarabangsa...
masuk butik branded
Bagi mereka yang berpendapatan sederhana macam penulis, anda pasti merasa janggal kan nak masuk butik-butik jenama 'branded' untuk tengok produk dalam tu walaupun kita boleh beli barangan dalam tu?
Seolah-olah ada saja mata yang memerhati dan menilai kemampuan kita, untuk berbelanja di situ. Ke penulis seorang saja yang rasakan macam tu?
5. Pakai kain pelikat waktu siang
pakai pelikat di siang hari
Sejak kena duduk kerja di rumah ni, penulis lebih gemar mengenakan kain pelikat saja semasa di rumah walaupun waktu siang. Kadang-kadang, sebab malas nak kenakan seluar punya pasal - pergi ke kedai pun pakai kain pelikat.
Rasa semacam saja kan? Seolah-olah ada waktu sesuai dan waktu tak sesuai pula pakai kain pelikat siang ni. Padahal, setiap kali lepas solat Jumaat dulu, boleh saja penulis singgah ke kedai dulu beli barang keperluan hanya dengan berkain pelikat.
Tak ada pula rasa canggung. Hari lain, ada rasa pelik sikit. Anda ada rasa macam ni?
6. Beredar dari kedai makan selepas diberikan menu
menu restoran makanan mewah
Anda pernah tak masuk ke sebuah kedai makan, periksa menu dan bila tengok harga makanan dia mak ai punya mahal - anda rasa nak keluar tapi anda takut, malu, bersalah, kerana pelayan dah bagi anda menu untuk anda pilih?
Penulis yakin ramai pernah menghadap masalah macam tu, apatah lagi kalau kita dah duduk di meja. Ramai yang segan nak bangun angkat kaki. Biasanya penulis akan kata pada pelayan 'sekejap ya!' - tunggu dia ke ruangan berbeza sebelum cabut lari.
Ada satu hari tu penulis terpaksa jugalah buat pesanan. Satu hidangan kami kongsi 3 orang..sumber..iluminasi
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
no 3 selalu.. tapi bukan potong laju pun
yang herannya ada keta depan bukan main laju
sekali nampak keta polis terus slow
asal eks? kalo rasa betul.. kelajuan ok.. teruskan jerlah kan kan??
bila time makcik mop lantai.. big bos aku pun bangun tau
sambil sapu, mop, lap meja.. memang kena bangun pun
haha memang rasa bersalah sikitla,tapi,kalau dia pun lajus,saya pecut aje
ada lagi,yang kadang benda kecil saja,tapi,takut tu bukan main, contoh
masa dah dalam kereta dah keluar rumah, tiba2 otak terfikir,ai tadi
masak air dah tutup belum dapur gas ke dan sebagainya.dah gila pula
nak balik cek
penyakit was2 bahaya tau
dulu saya macam tu tapi lepas orang dah bagi nasihat
ada berubah dah.. rasanya mcm ilang rasa mcm tu
kecuali betul2 kalo berkaitan dengan suis elektrik dan api gas
dulu kalo kunci pintu opis
masuk keta.. then saya akan kuar balik
pastikan balik pintu tu dah kunci ke tidak
Post time 18-1-2022 01:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tengah duduk elok2, bila nak bangun underwear tiba2 salah parking. Lepastu nak curi2 betulkan depan orang malu, tahan laa pegi cari toilet merata2 tak jumpa.
Post time 31-1-2022 02:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mak aku kalo dia dah masak tapi kitorg makan maggi or makanan merapu lain, lepas tu mesti dia bebel² sambil ugut tak nak masak lagi sebab tak makan apa yg fia masak
Post time 14-2-2022 05:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Minta duit dekat kawan paling salah.
Rasa macam apa je , padahal dia yang pinjam.
Memang tak syok. And then pergi kedai, tanya macam2,
langsung tak jadi beli barang. Itu pun kira salah.
MOD btw nak tacang please. 30 tacang pun boleh haha