CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 2

[Pahang] Rumah belum sempat kering, banjir lagi

[Copy link]
Post time 3-1-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Kampung Pamah Rawas, Raub turut dilanda banjir awal pagi tadi.

KUANTAN: Belum hilang penat membersihkan rumah daripada kesan banjir, penduduk Kampung Ulu Sungai di Raub, diuji sekali lagi dengan gelombang kedua pada hari pertama tahun baharu.

Pekerja am, Arif Shah Sulaiman, 49, berkata dia sekeluarga belum selesai membersihkan rumah kerana membersihkan dahulu kediaman ibunya yang terletak bersebelahan, sejak mereka dibenarkan pulang pada 26 Disember lalu.

"Tak sangka kali ini gelombang kedua terlalu dekat dengan banjir pertama. Peti sejuk pun belum sempat kering dan masih dijemur di laman rumah.

"Mungkin tak dapat diselamatkan lagi kerana sudah tiga kali peti sejuk terendam banjir dalam setahun," katanya, hari ini.

Arif Shah berkata, banjir pertama pada awal 2021 dan pada 18 Disember lalu antara paling teruk pernah dialaminya.

"Walaupun hanya di dapur, keadaan masih total lost kerana ada barangan dipindahkan ke ruang tamu ketika banjir pertama.

"Lantai dan tiang juga banyak rosak akibat arus deras menyebabkan kami tinggal di rumah emak sehingga selesai membaiki rumah sendiri.

"Sebenarnya, saya sudah tak sedap hati kerana hujan tidak berhenti selama dua hari sebelum tahun baharu. Akhirnya firasat itu betul apabila siren amaran banjir di belakang rumah berbunyi sekitar jam 12 tengah malam tahun baharu," katanya.

Walaupun tiga kali diuji musibah banjir dalam setahun, Arif Shah masih mampu bergurau kerana katanya, dia pernah mengalami banjir tujuh kali dalam tempoh sama sejak 14 tahun menetap di kampung itu.

Sementara itu, bagi Rashdan Rashid, 50, yang sudah empat tahun berpindah ke kampung berkenaan berkata, ini kali pertama dia berdepan banjir 'hatrik' dalam setahun dan lebih malang apabila banjir bulan lalu berlaku ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung di Negeri Sembilan.

"Sempat bermalam (di rumah) lima hari sahaja sebelum banjir kedua. Barang elektrik yang baru dicuci pun belum sempat diuji sama ada boleh diguna atau tidak," katanya yang melakukan kerja kampung bagi menyara tujuh ahli keluarga.

Rashdan berkata, dia memindahkan keluarga ke rumah bapanya di Batu Malim, Raub tanpa menunggu siren amaran banjir berbunyi selepas rakannya yang berada di hulu memaklumkan air sungai di sana sudah naik. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 09:02 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir ini, kita sama-sama berdoa agar bencana ini dapat diberhentikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 10:24 PM | Show all posts
Supersirap replied at 3-1-2022 09:02 PM
semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir ini, kita sama-sama berdoa agar bencana ini dapat d ...

aaminnnn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 1.229676 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list