CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Sabah] 1 Maut, 4 Cedera Kenderaan Bertembung Di Jalan Kimanis – Keningau

[Copy link]
Post time 5-1-2022 07:27 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan kenderaan mangsa yang remuk selepas bertembung dengan Honda Jazz di Jalan Kimanis-Keningau di sini.

PAPAR: Seorang wanita maut sementara empat yang lain cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kimanis – Keningau, dekat sini petang kelmarin.

Dua daripada yang tercedera dalam kejadian itu dilaporkan parah.


Keadaan Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kenderaan jenis Honda Jazz yang dinaiki wanita yang maut, berusia dalam lingkungan 40an, bersama-sama seorang lelaki juga 40an dan seorang wanita 60an dan kanak-kanak tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 50an yang turut mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 3.35 petang melalui talian MERS999.

Seramai tujuh anggota dan pegawai bomba bersama tiga aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, dibantu BBP Papar telah ke lokasi kejadian sejauh 35 kilometer.

Mereka yang mengalami kecederaan telah diberi bantuan awal oleh pasukan EMRS bomba sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Tiada maklumat lanjut mengenai butiran mangsa diperolehi.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada jam 4.58 petang kemudian selepas pihaknya memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi.


sabahpost.net/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 1.258732 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list