![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2016/06/LHDN_logo.png)
KUALA LUMPUR: Nombor pengenalan cukai atau Tax Identification Number (TIN) ialah nombor cukai pendapatan yang digunakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) untuk mengenal pasti pembayar cukai.
Menurut HASIL dalam satu kenyataan hari ini, setiap TIN adalah unik dan setiap pembayar cukai akan mempunyai TIN yang berbeza.
Jelasnya, cadangan melaksanakan TIN dibentangkan dalam Belanjawan 2020, dan sepatutnya mula dilaksanakan pada bulan Januari 2021.
Namun demikian, atas sebab-sebab tertentu seperti persediaan sistem dan prosedur berkaitan, maka pelaksanaannya ditangguhkan dan hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.
TIN akan diberi kepada: - Setiap orang yang mempunyai pendapatan kena cukai.
- Setiap orang yang wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967.
- Setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
TIN diproses seperti berikut: - Pendaftaran secara automatik bagi pembayar cukai individu melalui maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dikemukakan oleh para majikan kepada HASiL;
- Pendaftaran secara automatik bagi pembayar cukai syarikat yang baharu diperbadankan yang mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID;
- Permohonan secara manual di Kaunter Perkhidmatan Percukaian dan pejabat cawangan HASiL.
Bagi memudahkan orang ramai mengetahui dan merekodkan nombor TIN mereka, HASiL menyediakan lima kaedah penyemakan seperti yang berikut: - Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara), dan
- Kaunter Perkhidmatan Percukaian dan pejabat cawangan HASiL.
Mulai 1 Januari 2022 penggunaan TIN akan diwajibkan kepada pembayar cukai untuk urusan seperti
sarawakvoice.com/2022/01/05 |