View: 6659|Reply: 11
|
Apa yang aku baca (bukan fiksyen)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by seribulan at 4-4-2011 08:16
Bismillahirrahmanirrahim
Salam semua
Aku teringin nak kongsi bahan bacaan bukan fiksyen yang aku dah baca. Mungkin bermenfaat pada semua. Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi sama, dipersilakan. Bahan bacaan yang aku ada kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris sebabkan lokasi aku sekarang tak memudahkan untuk aku dapatkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan mungkin ada yang agak kontrovesi sikit tapi kita baca dengan minda yang terbuka. Wallahuaklam |
|
|
|
|
|
|
|
A Brief History of The Middle East: From Abraham to Arafat
by Christopher Catherwood
Ketebalan 309 ms termasuk bibliografi
Seperti tajuk buku ini, ia mengisahkan sejarah Tanah Arab dari Empayar Kuno hinggalah ke zaman moden. Rasa macam tak puas pula baca sejarah yang beribu-ribu tahun dimampatkan dalam hanya satu buku yang mengandungi 263 mukasurat. Selebihnya peta-peta Tanah Arab, kronologi dan bibiliografi penulis.
Untuk memahami konflik moden di Tanah Arab, penulis menekankan yang kita harus memahami sejarah kawasan itu yang dikenali sebagai Lembah Ketamaddunan (Craddle of Civilisations). Apabila memahami sejarahnya, mungkin kita akan faham akan konflik yang berlaku di Tanah Arab dalam zaman moden ini. Tentang jihad dan terrorisme, naik turun empayar Islam terutama kejatuhan Empayar Uthmaniyyah selepas perang dunia pertama, konflik Palestine-Israel, Perang Kuwait, Iraq dan mungkin akan datang Perang Iran.
Sejarah tanah Arab memang panjang apatah lagi tamadun manusia pun bermula dari sini. Anak cucu cicit Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa berkembang sehingga mampu mewujudkan empayar manusia bermula dari Empayar Sumerian - empayar yang dikenalpasti mungkin bermula di Tanah Arab. Dari situ penulis memperkenalkan empayar2 yang lain termasuk Hittites,Phoenicians, Assyrian dan Babylon dan seterusnya hingga ke Mesir Kuno.
Dari Empayar Kuno peralihan masa membawa pembaca ke zaman Rasulullah dan seterusnya ke Zaman Pertengahan di mana Islam dikembangkan. Di sini bermulanya konflik Timur Tengah yang dikatakan penulis. Islam satu agama yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Muhammad ibn Abdullah (~ bagi umat Islam dia merupakan manusia terpilih Rasulullah s.a.w, utusan terakhir Allah untuk umat manusia). Bagaimana empayar Islam dikembangkan setelah kewafatan baginda pada 632M sehingga ke dunia Barat. Selatan Sepanyol, Andalus berkembang pesat dibawah pemerintahan bani Umayyad sehingga satu demi satu taifa jatuh ke tangan Raja Ferdinand III dan Queen Isabella sehingga yang terakhir Granada pada tahun 1492. Kemudian pemerintahan Uthmaniyyah pula berkembang menakluk hingga ke timur Eropah dan hasilnya sekarang sebahagian dari Turki itu sendiri berada dalam benua Eropah.
Penulis juga mengkaitkan doktrin jihad bermula dari Rasulullah s.a.w tetapi diperkuatkan lagi oleh pemikir Islam Ibn Taymiyya (1288/9-1328) yang menegaskan kejatuhan empayar Islam adalah disebabkan muslim itu sudah keluar dari landasan islam yang sebenar. Pemikir Ibn Taymiyya menjadi mentor kepada pemikir-pemikir Islam selepasnya seperti Sayyid Qutub yang menentang Nasser yang mahu memodenkan Mesir. Dari sini doktrin jihad diperkuatkan lagi dan mungkin menjadi ideologi jihad untuk Al-Qaeda. Masa berlalu sehinggalah penjajahan British dan Perancis di dunia Arab, permainan semangat nasionalisme kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, penggulingan khalifah oleh Kamal Attartuk dan seterusnya kepada penyusunan semula negara-negara Arab. Perang dunia ke 2 dan perjanjian Darfour yang membawa Yahudi membuka tanah yang dikenali sebagai Israel.
Macam aku katakan tadi, baca buku ini harus dengan minda yang terbuka. Catherwood menulis dengan perspektif Barat yang menegaskan konflik Timur Tengah adalah disebabkan oleh agama Islam. Agama yang sangat 'powerful' yang bibawa oleh satu lelaki yang bernama Muhammad, menurut penulis. Jihad yang dibenarkan, semangat assabiyah yang melampau di kalangan orang Arab dan manipulasi Barat membentuk sempadan negara untuk menghilangkan sistem khalifah di Tanah Arab dan menanamkan semangat nasionalisme supaya orang Arab tidak bersatu padu. Banyak lagi yang boleh dikupas dari buku ini, samada kita setuju atau tidak dengan penulisnya, bergantung pada individu itu sendiri.
Disyorkan membaca : 4 bintang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# chewan
ehehe... kat belah barat huhuhu
Macam-macam genre buku yang saya suka. fiction dan non-fiction. Cuma yang saya tak suka baca biografi dan science fiction. Penat sikit nak menghabiskannya. Sekarang ni saya minat sejarah dan tamadun islam |
|
|
|
|
|
|
|
suka...
TT share la lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
The God Delusion
by Richard Dawkins
463 mukasurat
Oh my God! Tajuknya perlu ditukar menjadi Richard's Delusion!
Sejujurnya aku tak habis baca buku ini sebab aku rasa Professor Dawkins ini sangat takbur dengan teori evolusinya. Sains mengatasi pencipta. Sains yang menjawab segala-gala persoalan di dunia ini. Sains adalah mutlak!
Kebetulan malam tadi aku menonton dokumentari-movie dengan tajuk yang sama dan dikendalikan oleh beliau sendiri. Lebih kurang spin-off dari buku best-seller beliau. Dokumentari 2 jam berkisar bagaimana tiga penganut agama kitab sebenarnya salah dan tidak mampu menjawab persoalan bila bumi ini dijadikan dan siapakah manusia yang sebenarnya. Agama bagi Dawkins hanya memecahbelahkan manusia, menyebabkan manusia benci satu sama lain dan menyebabkan peperangan.
Seperti biasa, buku-buku tentang persoalan agama ini biasanya ditulis kerana penulis cuba mencari jawapan kepada kejadian 11 September 2001 dan mencari kenapa Islam itu ganas. Dari situ mereka cuba mengkaitkan dengan agama-agama yang lain seperti Catholicism dan Protestantism yang menyebabkan huru hara di Ireland Utara, Yahudi yang menghuru harakan Palestine. Untuk Professor Dawkins pula, kejadian 11 September itu menguatkan bahawa agama itu, tak kiralah Islam, Kristian atau Yahudi itu tolol.
Dalam buku dan dokumentarinya, dia mempunyai satu misi - iaitu meyakinkan semua orang yang kita mesti percayakan Sains dengan bukti-bukti yang ada. Agama mesti ditolak ketepi kerana ia membuatkan manusia malas berfikir, ke belakang dan kolot. Hanya Atheists saja orang yang pandai, orang yang beragama itu bodoh. Kenapa?
1) Dia percaya dengan teori evolusi dan manusia serta haiwan merupakan pecahan dari satu spesis yang sama. Charles Darwin adalah idolanya. Manusia itu adalah sub-spesis kepada haiwan yang berevolusi lebih cepat dari haiwan-haiwan yang lain terutama beruk. Tak hairan kita dengan beruk mempunyai genetik dna yang hampir sama. Bagi aku ini merupakan satu insult yang maha hebat untuk disamakan manusia dengan beruk. Huh! Professor Dawkins tegaskan yang hukum pencipta tidak releven kerana menurut Genesis, bumi itu terjadi dalam masa enam hari dan pada hari yang ketujuh Tuhan berehat. Usia bumi yang dinyatakan dalam Genesis tidak sama dengan usia bumi yang sebenar.
2) Kitab mengajar manusia menjadi bodoh. Berbalik kepada usia bumi yang sebenar, Profesor Dawkins mengatakan yang bumi tercipta berbilion lamanya hasil dari satu kejadian big bang. Dia percaya dari situ bumi terbentuk dan segala-gala yang lain terbentuk dari satu sel selepas terbentuknya bumi. Sains tidak menipu, kata beliau. Di sini aku dah sakit hati. Reference beliau cuma Genesis tapi ada hati hendak mengupas tentang agama ahli kitab yang lain. Dalam Islam sendiri kita percaya yang bumi telah wujud sebelum Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa. Malah Allah bersihkan bumi itu dulu sebelum dua manusia pertama diletakkan di situ. Pembersihan tu pun makan tahun juga. (Walaupun Allah boleh berkata kun faa ya kun).
Bagi aku, Profesor Dawkins tidak mampu meyakinkan aku dengan teori evolusinya. Pertama-tama ia masih dikenali sebagai TEORI evolusi bukan HUKUM Evolusi. Masih lagi dalam teori. Islam adalah agama yang benar. Kenapa? Sebab segala jawapan ada dalam kitab Al-Quran. Bukan bermakna kita sebagai umat Islam akan malas dan ke belakang kerana kita menyerahkan bulat-bulat pengetahuan itu milik Allah. Allah turunkan Al-Quran untuk mereka yang mahu berfikir. Kenapa? Kerana jawapannya ada di situ. Ahli perubatan lama tidak akan tahu tentang mani sekiranya Allah tak beritahu tentang kejadian manusia dalam surah Al-Imran. Alangkan Darwin juga (mungkin) mendasarkan teori yang haiwan dan tumbuhan terbentuk dari satu sel air itu asalnya dari Quran - Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman (Al-Anbiya:30) Ahli astronami kuno takkan tahu tentang peredaran bumi dan orbit pun sebab Allah yang beritahu - Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya (Al-Anbiya-33).
Dia menyalahkan agama yang menyebabkan manusia berpecah belah sedangkan dia lupa yang sebaliknya itu yang berlaku. Agama menyatupadukan ummah. Manusia itu memang sikapnya mahu berpecah dan individualistik sebab itu kena ada agama di mana kita boleh berkumpul dan menyembah satu Tuhan (yang dipercayai oleh agama masing2). Tak kira Islam dengan solat Jumaat, Kristian dengan mass dan Yahudi err... yang ini aku tak tahu.. mass juga ke?
Satu lagi yang aku tak setuju, Prof Dawkins kata kanak2 tak sepatutnya dipaksa mengikut agama yang dianuti oleh ibu bapa. Seperti mengundi, kanak-kanak dikecuali sehinggalah mereka capai umur 18 tahun jadi kenapa tak buat perkara yang sama untuk agama juga? Dia kata kanak-kanak nanti akan membesar dengan agama yang 'dipaksa' oleh ibu bapa mereka. Jawab aku pula, jangan anggap kanak-kanak itu bodoh yang akan hanya mengikut kata ibu bapa. Macam ideologi politik juga, kanak2 boleh membuat keputusan mereka sendiri. Mereka boleh bertanya dan mencari untuk pastikan agama yang mereka anuti tu agama yang mereka faham dan agama yang satu. Sebab itu dalam Islam tiada istilah 'blind faith'.
Kesimpulannya dalam Prof Dawkins cuba untuk meyakinkan pembaca/penonton yang kita mesti jadi Atheist dan beragamakan Sains, dia terlupa tentang sejarah, latar belakang socio politik dan budaya penganut agama kitab. Dia masih seorang yang naif.
Disyorkan membaca: 1 bintang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# marumaru
ada.. ada... nanti aku cuba karang review huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
The God Delusion
by Richard Dawkins
463 mukasurat
Oh my God! Tajuknya perlu ditukar menjad ...
gegulagetah Post at 26-8-2010 21:00
mungkin ade betulnya ape yang dicakap...
dalam agama, ade diajarkan tentang makhluk ghaib iaitu syaitan, jin, malaikat dan sebagainya..
seperti yang kita ketahui syaitan memang dah berjanji pada Tuhan akan menyesatkan umat manusia..
jadi bila manusia berada di jalan lurus, lebih kuatla dia punya godaan untuk merosakkan manusia tersebut...
yang lebih malang bila manusia itu sendiri lemah imannya..
maka dengan mudahnya dia akan terpengaruh dan melakukan kerosakan bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan juga terhadap orang
di sekitarnya serta dunia sekeliling...
oleh sebab ini lah, orang yang beragama nampak lebih cenderung melakukan kejahatan yang tak dapat difikirkan dengan akal ini berbanding orang yang tiada agama...bila takde agama, apa gunanya syaitan nak goda mereka untuk pesongkan mereka lagi kan?
ada logik tak pemikiran camni TT? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# marumaru
Mungkin itu satu sudut pandangan lain sebab iblis akan cuba menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Cuma Dawkins percaya orang yang taksub dengan agama akan cenderung melakukan kemusnahan tak kiralah Kristian, Islam, Yahudi atau yang lain-lain. Sebab itu dia kata sepatutnya manusia tak perlu ada agama kerana agama hanya mengajak membuat kerosakan. Dia bagi contoh perebutan Masjid Aqsa dan Dome of the Rock. Yang Muslims kata itu adalah hak mereka tapi Yahudi pula kata mereka yang berhak atas tanah tu, masjid dan Dome tu datang kemudian. Perebutan tanah suci antara Yahudi dengan Islam membuatkan mereka berperang sesama sendiri. Macam tu juga dengan Catholic-Protestant di Ireland Utara. Perbezaan sectarian jadikan perang. Sikap 'agama aku lebih baik dari agama kau' ni yang Dawkins kata lebih baik manusia jangan ada agama.
syaitan menggoda tak kira orang tu ada agama atau tak ada agama. Setiap individu tu godaannya berbeza ikut pada kelemahan diri itu sendiri. Tapi sayanglah kita kata kalau sebab kita beragama maka syaitan senang nak goda suruh kita buat maksiat, suruh kita berperang. Maka kalau kita takut godaan syaitan lebih baiklah kita tak beragama. Begitu? Jangan ambil jalan mudah, salah tu.
Sayang sangat kalau kita makhluk yang sangat dimuliakan Allah ni tak mampu nak tahan godaan syaitan. Kita manusia punya darjat yang sangat tinggi berbanding dengan makhluk lain tak kiralah haiwan, tumbuhan atau makhluk yang tak dapat dilihat mata. Allah bagi kita dua senjata yang sangat-sangat bagus - akal dan iman. Maka gunakanlah senjata kita.
Dalam Islam pun Allah kata dia turunkan Al-Quran itu untuk manusia yang mahu berfikir. Asasnya Dia dah bagi, seterusnya Allah kata kau gunakanlah otak dan akal yang Aku sudah bagi untuk mencari kebesaran Aku. Dalam Islam, agama tidak dipisahkan dengan pengetahuan (Sains, Ekonomi, Sosial etc) tapi kedua-duanya adalah seiring. Macamana cerdik pandai orang zaman dulu boleh cipta asas perubatan, astronomi dan sociology? Jawapannya adalah pengetahuan asas yang diberi oleh Allah dalam Quran.
Harap dapat membantu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply marumaru
Mungkin itu satu sudut pandangan lain sebab iblis akan cuba menyesatkan manusia ...
gegulagetah Post at 27-8-2010 19:22
orang yang taksub, orang yang selalu rasa dia selalu betul, orang yang lebih gunakan perasaan daripada akal-- semua ni sebab mereka telah melampaui batas kan? sepatutnya sebagai manusia, kita sepatutnya merendah diri sebab setinggi mana ilmu yang ade dalam dada takkan dapat menandingi ilmu Allah...dan penulis pun melampaui batas juga...kalau taknak bertuhan pun, dia takde hak nak menidakkan kepercayaan orang lain apatah lagi menjatuhkan hukuman ke atas agama2 itu sendiri walhal yang bersalah adalah umat2 nya...umat2 nya yang terlampau mengikut perasaan dan nafsu sehinggakan perasaan benci wujud ke atas orang yang berlainan agama dan pendapat dengan mereka...
kalaulah kita dapat menghapuskan perasaan ini dan menerima perbezaan pendapat dengan sabar, golongan atheist dapat melihat keindahan berugama itu dan seterusnya dapat melihat kebenaran agama yang diturunkan oleh Allah SWT..entah bila ini akan berlaku...mungkin selamanya manusia akan berkeadaan begini sehinggalah kiamat melanda barulah ianya akan berakhir...
TT, thanks for your response...I really appreciate it.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atas meja tempat kerja ada objek recycle ... ada buku ... ambil yang menambahkan perbendaharaan kata sikit...
Kamus Sastera Melayu
Simpulan Bahasa Bergambar...
Peribahasa..tengah baca kiasan pemanis |
|
|
|
|
|
|
|
Buku "Dinasti Bush, Dinasti Saud" Terbit di Indonesia
Kamis, 20 Juli 2006
Jakarta (ANTARA News) - Buku "Dinasti Bush, Dinasti Saud - Hubungan Rahasia Antara Dua Dinasti Terkuat Dunia", yang termasuk kategori terlaris di Amerika Serikat (AS), kini terbit dalam versi Bahasa Indonesia. Buku karangan jurnalis New York Times, Craig Unger, tersebut diluncurkan oleh Penerbit Diwan di Toko Buku MP Book Point, Cipete, Jakarta Selatan, Rabu. Menurut Manajer Diwan Publishing, Wendra Tiarno, terbitnya buku itu diharapkan dapat membuka mata rakyat Indonesia, terutama mengenai latar belakang hubungan Pemerintahan Bush di AS dengan Dinasti Saud yang berkuasa di Arab Saudi. Ia mengatakan, dengan membaca buku ini, maka diharapkan pembaca dapat mengetahui motif politik maupun ekonomi yang dijalankan oleh kerjasama AS-Arab. Dengan hal tersebut diharapkan pula, pembaca dapat memisahkan antara konsep agama (Islam) dengan konsep kewarganegaraan (Arab), katanya.
Sementara itu, Peneliti Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) yang ahli mengenai masalah Timur Tengah, Riza Sihbudi, mengatakan bahwa apabila setidak-tidaknya 60 persen dari isi buku tersebut benar adanya, maka akan terjadi kekalutan yang sangat besar di Timur Tengah akibat konspirasi AS-Arab tersebut. Dalam buku tersebut, Craig Unger menjelaskan, secara terinci mengenai konspirasi dinasti Bush --mulai Presiden George Bush Senior (Sr), ayah Presiden George Walter Bush-- dengan dinasti Saud, serta dampak luas yang diakibatkannya. Keluarga Bush, yang sebagian besar memegang peranan penting dalam Pemerintahan AS, ternyata menjalin hubungan kerjasama yang sangat erat dengan kerajaan Saud selama puluhan tahun. Apalagi, George Bush Sr. adalah mantan Kepala Pusat Intelijen AS (CIA). Dengan adanya kerjasama tersebut, AS dengan mudah mengamankan persediaan minyaknya di Arab Saudi, dan Arab Saudi --terutama keluarga kerajaan dan kerabatnya-- secara leluasa dapat menanam modal di negara Paman Sam tersebut. Kondisi itulah yang menyebabkan AS tidak pernah "menyentuh" Arab Saudi.
Sementara itu, negara-negara penghasil minyak Timur Tengah lainnya, seperti Kuwait, Irak, dan Iran didesak supaya minyak mereka dapat dikuasai AS secara langsung maupun di bawah pengaruh Arab Saudi. Adanya persengkongkolan tersebut juga menjelaskan alasan AS setelah kejadian 11 September 2001 justru menyerang Afghanistan, dan bukan Arab Saudi. Padahal, 14 dari 19 teroris yang menyerang World Trade Centre (WTC) dan Pentagon (markas besar Departemen Pertahanan AS) pada saat itu berkewarganegaraan Arab Saudi. Apalagi, Usamah bin Ladin (Osama bin Laden) yang menglaim sebagai dalam serangan ke AS itu termasuk keluarga kaya dari Arab Saudi, dan pernag "dididik" oleh CIA. Sejumlah hal itulah yang mendorong Diwan Publishing menerbitkan buku tersebut dengan segmentasi pembaca yang cukup terbatas, yaitu anak muda. Penerbit tersebut juga menargetkan pembacanya memiliki pikiran yang terbuka dan sudut pandang baru mengenai isu-isu menarik di sekitar mereka. "Kami ingin fokus untuk mengangkat karya-karya pemikiran," kata Wendra Tiarno. Sebelumnya, Diwan telah menerbitkan buku karya Ziauddin Sardar yang berjudul "Desperately Seeking Paradise" Februari 2006, dan kini menyiapkan penerbitan tiga buku alih bahasa lainnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|