CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 1

[Kelantan] Tekong dibayar RM300 satu kepala

[Copy link]
Post time 15-1-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Tekong, Pati warga Myanmar dan dua kenderaan digunakan sindiket penyeludupan ditahan pihak berkuasa. FOTO ihsan PDRM

Pasir Mas: Cubaan dua lelaki yang berperanan sebagai tekong menyeludup 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) gagal apabila kegiatan mereka dikesan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di hadapan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Islamiah Pasir Mas, di sini, malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam kejadian jam 8.22 malam itu, anggota menahan dua kenderaan Hyundai Starex berwarna perak dan hitam dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua pemandu kenderaan masing-masing berusia 24 dan 34 tahun berasal daripada Johor membawa kesemua Pati iaitu lapan di kereta pertama dan 10 penumpang kereta kedua.

"Hasil soal siasat awal mendapati kesemua Pati terdiri daripada 12 lelaki dan enam wanita ini adalah warganegara Myanmar yang masuk ke dalam negara tanpa sebarang dokumen perjalanan sah dan permit perjalanan.

"Manakala, dua pemandu terbabit bertanggungjawab sebagai ejen (tekong) untuk membawa Pati dari sempadan Malaysia-Thailand ke Johor Bahru bagi tujuan bekerja di lokasi yang masih belum pasti.

"Tekong berkenaan mengaku dibayar sebanyak RM300 untuk membawa seorang Pati yang ke destinasi yang dituju," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azhari berkata, semua yang ditahan termasuk kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi tujuan laporan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kita tidak menolak kemungkinan, tekong berani menjalankan kegiatan menyeludup Pati kerana mendapat upah yang lumayan selain bertindak menjalankan aktiviti ini pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 03:23 PM | Show all posts
1 hari kerja rm300...bw kereta ja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.102150 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list