CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6575|Reply: 6

[Sumbangan Krisis COVID-19] ...Bantuan Kos Kesihatan...

[Copy link]
Post time 16-1-2022 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Bantuan RM700 Yang Anda Akan Terima Secara AutomatikJanuary 14, 2022 by portalmalaysia

Tahukah anda, terdapat satu bantuan yang berjumlah RM700 yang anda akan terima secara automatik tanpa perlu buat permohonan.


Baca Juga untuk buat tuntutan Covid, anda boleh rujuk MySalam Tuntutan Covid.



Bantuan ini berbentuk skim lindungan takaful ini diwujudkan khas untuk mereka yang memerlukan ketika menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos-kos kesihatan akibat daripada penyakit yang dihidapi.
Senarai Kandungan
[url=][/url]


MySalam
Untuk yang sedia maklumat, MySalam adalah salah satu inisiatif kerajaan yang memberikan skim takaful perlindungan kesihatan secara PERCUMA khas untuk golongan berpendapatan rendah (B40) menerusi Dana Amanah MySalam.
Kebaikan MySalam
Antara kebaikan dan manfaat yang penerima bakal terima adalah seperti berikut :
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

  • Dapat bayaran RM8,000 (sekali seumur hidup) jika didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal
  • Pembayaran cash (tunai) sebanyak RM50/ sehari jika masuk wad atau hospitalisasi (maksimum 14 hari = RM700).
Syarat Kelayakan
Jika anda ingin mohon bantuan MySalam ini, antara syarat dan kriteria kelayakan adalah seperti berikut :
  • Pemohon berumur 18 tahun hingga 65 tahun & pasangan
  • Pemohon bujang berumur 40 tahun hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
  • Pemohon OKU berumur 18 tahun hingga 65 tahun dan berpendapatan RM24,000 ke bawah setahun
Cara Permohonan
Anda tidak perlu buat permohonan MySalam ini, hanya buat semakan di portal rasmi sahaja.
Sila semak kelayakan anda di sini :
Senarai Penyakit Yang Boleh Dituntut
  • Alzheimer / Demensia Teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Meningtis Bakteria
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Strok / Angin Ahmar
  • keradangan pankreas
  • virus kurang daya tahan manusia (HIV)
  • melecur teruk
  • strok atau angin ahmar
  • parkinson
  • anggota badan tangan atau kaki atau kedua-duanya lumpuh
  • dialisis buah pinggang
  • perlu pembedahan injap jantung, serangan jantung
  • Boleh tuntut alat perubatan untuk stern jantung dan prostesis
  • penyakit AIDS
  • penyakit alzheimer
  • penyakit paru paru, kanser hati
  • penyakit arteri koronari
  • pekak
  • koma
  • operate otak
  • meningitis bakteria
  • buta
  • positif COVID 19
Info Lanjut
Jika anda merupakan penerima yang layak tetapi tidak dapat notifikasi SMS, anda boleh hubungi 1-300-888-938 atau hantar email ke [email protected]


Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Bantuan RM700 Yang Anda Akan Terima Secara Automatik” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2022 08:25 AM | Show all posts
1
GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN
TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)
(Pindaan 2019)
1. TUJUAN
1.1 Mencapai objektif Tabung Bantuan Perubatan (TBP) membantu
golongan yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian
atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan
rehabilitasi dan ubat-ubatan.
1.2 Menjelaskan syarat-syarat dan jenis-jenis bantuan yang boleh
dipertimbangkan di bawah TBP untuk kegunaan di Ibu Pejabat
Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) dan hospital-hospital
Kerajaan.
1.3 Penilaian bagi pemberian bantuan di bawah pembiayaan TBP dapat
dilaksanakan dengan telus supaya dapat dimanfaatkan oleh golongan
sasar.
1.4 Memendekkan tempoh penilaian supaya dapat dibuat dengan lebih
cepat berdasarkan maklumat yang tersedia untuk dinilai.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
2.1 Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia.
2.2 Status sosio-ekonomi:
a. kategori miskin atau kurang mampu yang diperaku dan disahkan
oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP); dan
b. seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Penilaian Sosio
ekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan KKM Tahun 2017.
2.3 Rujukan Hospital: Pesakit dirujuk oleh Hospital Kerajaan KKM/ Pusat
Perubatan Universiti Awam.
2.4 Bukan Penjawat Awam/ Pesara Kerajaan atau anggota keluarga
penjawat awam yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009, Peraturan Permohonan
Perbelanjaan Kemudahan Perubatan atau pindaan yang dikeluarkan
dari semasa ke semasa.2
3. JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPERTIMBANGKAN
3.1 Peralatan perubatan termasuk peralatan rehabilitasi yang merangkumi
pemulihan asas, meningkatkan kefungsian, dan bukan untuk tujuan
keselesaan atau kosmetik.
3.2 Ubat-ubatan:
a. didaftarkan dalam Senarai Formulari KKM;
b. telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD);
c. mendapat kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan sekiranya
ubat tersebut tidak terdapat dalam Senarai Formulari KKM; dan
d. bagi tujuan rawatan dan penyembuhan.
3.3 Lain-lain bantuan bagi tujuan rawatan, pemulihan dan penyembuhan.
4. KONSEP/ TATACARA/ SYARAT PERMOHONAN TABUNG BANTUAN
PERUBATAN
4.1 Permohonan dikemukakan dan kelulusan diperolehi sebelum
rawatan dijalankan.
4.2 Pesakit/ keluarga pesakit perlu membiayai sejumlah amaun
mengikut kemampuan berdasarkan Garis Panduan Penilaian Sosio-
ekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Tahun 2017. Walau
bagaimanapun, amaun ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan
keputusan Pihak Berkuasa Melulus.
5. JENIS-JENIS RAWATAN/ PERALATAN PERUBATAN YANG TIDAK
DIPERTIMBANGKAN
5.1 Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostik.
5.2 Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility).
5.3 Alat pakai buang (disposable item) dan consumable item.
5.4 Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya.
5.5 Rawatan pembedahan estetik kecuali bagi rawatan untuk
meningkatkan atau mengembalikan kefungsian.3
6. KAEDAH TUNTUTAN PEMBAYARAN
6.1 Tuntutan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Bahagian
Kewangan, KKM melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital
Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti Awam yang menjalankan
rawatan/ membekalkan peralatan perubatan kepada pesakit.
6.2 Dokumen yang diperlukan bagi tujuan tuntutan pembayaran adalah
seperti berikut:
a. Surat permohonan tuntutan bayaran dari Jabatan Kerja Sosial
Perubatan, Hospital Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti
Awam;
b. Surat pengesahan rawatan/ alat/ ubat kepada penerima bantuan
di bawah TBP (Borang F) yang diisi oleh Pegawai Perubatan atau
Pegawai Kerja Sosial Perubatan;
c. Surat perakuan dan pengesahan rawatan perubatan kepada
penerima di bawah TBP (Borang G) yang diisi oleh pesakit/ waris
pesakit;
d. Invois asal yang telah disahkan;
e. Nota penghantaran (Delivery order) yang telah disahkan;
f. Salinan sijil bumiputera bagi amaun RM50,000.00 dan ke atas;
dan
g. Salinan surat kelulusan.
6.3 Pembayaran bagi bantuan yang telah diluluskan akan disalurkan terus
kepada pusat rawatan/ pembekal peralatan.
7. PEMBATALAN PERMOHONAN/ KELULUSAN
7.1 Maklumat yang diberikan didapati tidak benar.
7.2 Pesakit telah mendapat tajaan/bantuan daripada pihak lain.
7.3 Rawatan tidak diperlukan lagi.
7.4 Telah tamat tempoh sahlaku kelulusan. .
8. TEMPOH KELULUSAN
8.1 Tempoh sahlaku kelulusan bantuan di bawah TBP:
a. Kes Kecemasan: 5 hari bekerja
b. Kes Elektif:
i. Disiplin Kardiologi dan Ortopedik: 1 tahun
ii. Lain-lain disiplin perubatan: 6 bulan4
8.2 Permohonan perlanjutan tempoh kelulusan hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian Kewangan, KKM dalam tempoh dua (2) bulan
sebelum tamat tempoh sahlaku kelulusan beserta dengan justifikasi
dan cadangan tarikh rawatan baru.
8.3 Permohonan perlanjutan tempoh sahlaku kelulusan hanya dibenarkan
sekali sahaja bagi setiap kelulusan.
8.4 Kelulusan bantuan bekalan ubat diberi sekali sahaja bagi setiap
pesakit untuk tempoh 6 bulan.
8.5 Tempoh kelulusan bekalan permohonan bantuan susu ialah selama
6 bulan.
9. JENIS-JENIS PENYAKIT YANG BOLEH DIBERI BANTUAN
9.1 Blood Disorders – all blood disorders excluding
a. Thalassemia for relevant age groups;
b. Factor V111 deficiency;
c. Factor 1X deficiency;
d. Von-Willebrands;
e. Others where treatment is available at the Government hospitals.
9.2 Bone and joint disorders.
9.3 Ear and hearing disorders.
9.4 Endocrine disorders.
9.5 Eye disorders.
a. Age Related Mascular Degeneration;
b. Photo Dynamic Therapy;
c. Glaucoma;
d. Anisometropia;
e. Corneal Opacities.
9.6 Genetic and metabolic disorders.
a. Special diets (as advised by medical specialists);
b. Medications;
c. Other proven interventions (as advised by medical specialists).
9.7 Heart diseases.
a. Congenital;
b. Acquired.
9.8 Immune disorders.
9.9 Interventional Radiology.
9.10 Long term care following surgical intervention.5
9.11 Maxillofacial.
9.12 Neurological and neurodegenerative disorders.
9.13 Orthopedic conditions requiring surgical interventions.
9.14 Renal disorders.
9.15 Respiratory disorders.
a. Chronic respiratory failure requiring home ventilation, home
oxygen therapy;
b. Other chronic conditions.
Nota:
Penyakit yang tidak disenaraikan boleh dipertimbangkan untuk bantuan
secara ‘case to case basis’ jika diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal
Perubatan.
10. DOKUMEN WAJIB DISERTAKAN
Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti
berikut:
10.1 DOKUMEN PENGENALAN DIRI
a. MyKad/MyKid;
b. MyKad/Passport bagi ibubapa/penjaga; dan/atau
c. Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Pengangkatan.
10.2 DOKUMEN PENDAPATAN (pesakit & keluarga)
a. Slip gaji;
b. Borang BE/Cukai Pendapatan;
c. Surat/Kad Pencen Ilat bagi penerima PERKESO;
d. Surat Pengesahan Penerima Bantuan JKM; dan/atau
e. Surat Pengesahan Penerima Bantuan Baitulmal.
10.3 DOKUMEN CARUMAN (pesakit & keluarga)
a. Penyata KWSP; dan/atau
b. Polisi Insuran Kesihatan.
10.4 BIL UTILITI DAN LAIN-LAIN KOMITMEN
a. Elektrik;
b. Air;
c. Telefon tetap/ bimbit; dan/atau
d. Lain-lain komitmen (bulanan).6
10.5 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN (bagi permohonan yang
melibatkan kos RM3,000.00 dan ke atas, sekiranya perlu)
a. Surat Pengesahan Pendapatan dari Ketua Kampung/ Penghulu/
Ketua Masyarakat/ Jawatankuasa Kampung/ Pegawai Daerah/
Surat Akuan Sumpah;
b. Kad Orang Kurang Upaya (OKU);
c. Surat Pengesahan Pelajar;
d. Gambar rumah (hadapan dan ruang tamu); dan/ atau
e. Dokumen pemilik kedai bagi pemohon yang bekerja sebagai
pembantu kedai.
10.6 DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN
a. Borang Permohonan TBP (Borang A);
b. Laporan Sosio Ekonomi (Borang B);
c. Surat Pengesahan Pakar/ Pegawai Perubatan (Borang C).
d. Pandangan dan ulasan Ketua Perkhidmatan Kebangsaan bagi
permohonan ubat sahaja (Lampiran D); dan
e. Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Implan & Prostesis bagi
pesakit-pesakit ortopedik kos RM30,000.00 dan ke atas (Lampiran
E).
10.7 SEBUT HARGA
Tiga (3) sebutharga dari syarikat berlainan yang disahkan oleh
Pegawai/ Pakar Perubatan dan Pengarah Hospital.
11. PERMOHONAN
Individu yang ingin memohon bantuan di bawah TBP ini perlu dirujuk melalui
Pegawai/ Pakar Perubatan yang merawat pesakit kepada Jabatan Kerja
Sosial Perubatan di Hospital Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti
Awam.
12. BACAAN BERSAMA DENGAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
DAN SURAT EDARAN BERKAITAN PERMOHONAN TBP
12.1 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan SOP mengikut
disiplin perubatan dan surat edaran berkaitan dengan permohonan
TBP ini seperti berikut:
a. SOP Kardiologi;
b. SOP Ortopedik;
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:26 AM | Show all posts

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30402?language=my


                                                      Bantuan Perubatan dan Kesihatan Warga Emas              
                                                            BANTUAN PERUBATAN & KESIHATAN WARGA EMAS

Bantuan alat tiruan dan sokongan


Tujuan bantuan adalah untuk membantu warga emas yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) mengikut jenis ketidakupayaan.

Bantuan alat tiruan dan sokongan dari JKM
Pengecualian bayaran sebagai pesakit luar.

Warga Emas juga diberi pengecualian bayaran caj perkhidmatan dan kesihatan diluar hospital dan fasiliti KKM

Maklumat diperolehi dari Pengecualian Caj Perubatan - Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia

              
                          

         
                  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:30 AM | Show all posts
Peka B40 Login: Semakan Kelayakan dan Cara Claimhttps://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Semakan skim Peka B40 login : Syarat kelayakan untuk dapat Insentif tuntutan Rawatan RM1000 dan Duit Tambang RM500 atau RM1000 melalui website rasmi bms

Belum sempat sejuk lagi pengumuman skim insurans mysalam yang beri banyak kelebohan untuk golongan B40 yang ada penyakit kritikal, kerajaan umum lagi satu lagi bantuan untuk kumpulan B40 melalui pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.

Skim terbaru ini adalah Skim Peduli Kesihatan atau pekab40 yang mana akan diuruskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (PHCorp).
Ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Skim ini diperkenalkan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia KKM teleh mengenal pasti beberapa masalah dan cabaran dikalangan golongan B40 sepanjang berhadapan dengan masalah kesihatan.

Senarai Kandungan Penting:





4 Kelebihan Skim Peduli Kesihatan
Akhir sekali, kalangan pesakit yang tinggal jauh tidak mampu berulang alik untuk menerima rawatan. Nah daripada masalah dan kesulitan inilah lahirnya skim ini untuk yang berkelayakan.


  • Anda ikut jadual rawatan kanser yang anda hadapi di hospital kerajaan anda akan dapat RM1,000
  • Anda menikmati untuk seumur hidup bantuan alat perubatan bernilai sehingga RM20 ribu secara PERCUMA
  • Anda diberikan tambang bagi membantu anda bergerak menerima rawatan di hospital kerajaan. Jikalau anda dari Semenanjung Malaysia anda akan terima RM500 (maksimum). Manakala yang tinggal di Sabah Sarawak akan terima RM1000. Yang menariknya jumlah bayaran adalah untuk setiap penyakit. Contohnya, jikalau anda tinggal di Kelantan contohnya ada kanser prostat anda akan terima RM500. Kemudian anda ada masalah kencing manis dapat lagi RM500.
  • Menerima pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA dan prosesnya tidak lagi sulit


Antara cabaran yang dihadapi KKM ialah jumlah b40 yang berhadapan penyakit tidak berjangkit sangat tinggi contohnya masalah sakit mental, peratusan golongan ini juga begitu lambat dapat mengesan masalah kanser juga agak tinggi. Semak ini untuk mengetahui siapa golongan b40

Tidak cukup dengan itu, ada yang menerima rawatan pun tidak melengkapkan rawatan yang diterima sehingga habis. Akhirnya apabila kesihatan bertambah teruk ia sebenarnya meningkatkan lagi kos kesihatan kepada kerajaan Malaysia.

Malah kos kos tambahan seperti pembelian beberapa alat bantuan perubatan seperti perentak jantung, implan atau prostesis menambahkan lagi kos rawatan pesakit yang tidak berkemampuan.

Syarat Kelayakan
  • Anda mestilah merupakan yang layak melalui semakan status bantuan sara hidup
  • Umur anda atau ibu bapa anda mestilah 50 dan ke atas
Login syarat kelayakan peka b40 sudah tahu kelebihan pun sudah tahu, tetapi bagaimana cara claim peka b40



Cara Semakan Kelayakan Peka B40 Login
1) Untuk terima rawatan mudah sahaja. Buat semakan status samada anda layak atau tidak melalui portal rasmi peka b40 yang kami kongsikan di bawah ini.
PERKARA
BUTIRANNYA
Semakan kelayakan secara online

2) Jikalau sudah layak, anda boleh terus pergi dan walk di mana-mana klinik yang berkelayakan. Berkelayakan maksudnya diperakukan sah untuk anda membuat tuntutan peka b40

Anda nampak sahaja klinik yang ada logo peka40 terus masuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mysalam

Dah mohon dr bulan 2, smpai skrg tak ada khabar berita, dekat status dlm proses.

Sy dgn anak bergilir warded, suami tak dpt nak kerja sbb kene jg sorg lg anak, sometimes dia buat lalamove bawak si kakak, mengharapkan mysalam ni sgt sbnrnya...... Tp tu lah..... Ubat si adik mcm prebiotik, apeton dgn vitamin2 dia ade yg hospital tak support, kene beli sendiri, dan harganya tu bukan murah.... cuma bebaru ni dpt la similac freelactose 3 tin hospital bg, nak beli sendiri tak mampu, kepada dugro,

Penat dah email dan call

Ntah wujud ke tak mysalam ni utk tahun 2022 ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 04:19 PM | Show all posts
mysalam ni scammer ke ape.. cousin aku try buat katanya sampai skrg tak dapat. dia dah buat dari bulan 5 ari tu sbb covid. dia kena covid bln 3. bila cek asyik dlm proses je. aku ckpx yah laa nk percaya janji manis kerajaan ni. ntah berjuta lagi kot apply x dapat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2022 02:30 PM | Show all posts
me ols pernah 2x claim dengan my salam. pertama sebab kena kuarantin yang kedua sebab positive covid. tahun yang berbeza. memang lama proses tuntutan tu. lebih 3 bulan. bile call follow drg bgtau sebab uruskan banyak kes.
kalau masalah dokumen tak lengkap akan ambil masa lagi lama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.258316 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list