CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Sarawak] Kunjung-Mengunjung Sempena Tahun Baharu Cina Dibenarkan

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:51 PM | Show all posts |Read mode


Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah memberi beberapa kelonggaran pada prosedur operasi standard (SOP) sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Sambutan kali ini membenarkan aktiviti makan besar keluarga dan kunjung-mengunjung berdasarkan pematuhan SOP yang ketat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam pada 1 dan 2 Februari dibenarkan dengan mengikut SOP Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara.

Ia termasuk sembahyang khas ‘Hokkien Clan’ pada 8 dan 9 Februari serta aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam. Selain itu, upacara sembahyang sempena Chap Goh Mei pada 15 Februari juga dibenarkan.

Walaupun aktiviti kunjung mengunjung dibenarkan namun, aktiviti rumah terbuka masih tidak dibenarkan.

“Hanya aktiviti resepsi Tahun Baharu Cina sahaja dibenarkan berdasarkan kepada jemputan. Malah, ketua rumah dikehendaki menyediakan kod QR MySejahtera atau buku log kehadiran tetamu.

“Kehadiran jemputan untuk aktiviti resepsi terhad kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal satu meter. Orang awam tanpa jemputan tidak dibenarkan hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, persembahan tarian singa, naga dan harimau turut dibenarkan dan ia tertakluk kepada kebenaran pihak polis.


sabahpost.net/2022/01/21

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.741755 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list