
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri membenarkan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa empat bagi sambutan Tahan Baharu Cina dalam tempoh 31 Januari sehingga 15 Februari depan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata antara aktiviti yang dibenarkan termasuklah makan besar keluarga pada 31 Januari ini.
“Upacara sembahyang pada 1 dan 2 Februari dibenarkan berdasarkan SOP ditetapkan manakala sembahyang Chap Goh Mei pada 15 Fenruari dan sembahyang khas bagi Hokkien Clan pada 8 dan 9 dibenarkan di rumah ibadat bukan Islam serta halaman rumah pada waktu malam mengikut tradisi masing-masing dengan mematuhi SOP.
“Aktiviti kunjung mengunjungi turut dibenarkan begitu juga dengan resepsi Tahun Baharu Cina bagaimanapun ianya terhad kepada jemputan sahaja dengan kapasiti 50 peratus ruang serta perlu menyediakan catatan kehadiran dan pemeriksaan suhu,” katanya sambil menambah aktiviti rumah terbuka tidak dibenarkan dan orang awam tanpa jemputan tidak dibenarkan hadir.
Masidi berkata bagi persembahan tarian naga, singa, unicorn dan harimau dibenarkan dengan syarat penari sudah lengkap menerima vaksin dan kanak-kanak berumur kurang 12 tahun tidak dibenarkan turut serta dalam persembahan manakala pergerakan kumpulan persembahan tertakhluk kepada kebenaran polis.
Katanya tempoh operasi rumah ibadat bukan islam bermula 27 Januari ini dibenarkan beula jam 6 pagi hingga 10 malam dengan mwajibkan penganut membawa peralatan sembahyang sendiri bagaimanapun dilarang untuk saling bersalaman atau bersentuhan.
“Penganut juga dilarang untuk makan di dalam atau luar bangunan rumah ibadat dan perlu bersurai mengikut keadaan tertib selain mereka yang mencatatkan suhu melebihi 37.5 suhu tidak dibenarkan masuk,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/01/27 |