CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 809|Reply: 8

[Sarawak] Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia

[Copy link]
Post time 29-1-2022 09:25 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (gambar), 100, meninggal dunia pada 11.47 malam Jumaat di Pusat Perubatan Normah di sini akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada Bernama.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang namun waktunya belum diputuskan.

Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.

Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.

Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit.

Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun Salahuddin dilantik semula secara tetap ke jawatan itu pada Februari 2001 dengan penggalnya berakhir secara rasmi pada 28 Febuari 2014. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin amin amin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 10:39 PM | Show all posts


Allahyarham Tun Salahuddin tokoh berjiwa besar, mesra rakyat

KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) menyifatkan Allahyarham mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng seorang tokoh yang berjiwa besar, mesra rakyat dan mudah didampangi.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian menerusi catatan Facebooknya turut menzahirkan dukacita atas pemergian Tun Salahuddin yang meninggal dunia, malam Jumaat di Pusat Perubatan Normah di sini.

"Saya berasa sedih dan dukacita atas kembalinya ke rahmatullah salah seorang tokoh yang cukup saya hormati dan sayangi, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

"Sesungguhnya Almarhum yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak (dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014) adalah seorang tokoh yang berjiwa besar, mesra rakyat dan mudah didampingi," katanya.

Tun Salahuddin meninggal dunia pada usia 100 tahun di Pusat Perubatan Normah sekitar jam 11.47 malam tadi, akibat sakit tua.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Jamek sekitar jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.

Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.

Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit.

Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun Salahuddin dilantik semula secara tetap ke jawatan itu pada Februari 2001 dengan penggalnya berakhir secara rasmi pada 28 Febuari 2014.


utusanborneo.com.my/2022/01/29

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 10:46 PM | Show all posts


Abang Johari bercakap kepada pemberita selepas penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Abang Salahuddin di Masjid Jamek. -Gambar Chimon Upon

Tun Salahuddin pejuang Sarawak yang banyak berjasa

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pemergian Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai satu kehilangan besar buat Sarawak.

Beliau yang ditemui selepas hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Jamek di sini hari ini berkata Tun Salahuddin banyak berjasa kepada negeri ini.

“Saya bagi pihak Kerajaan Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Abang Salahuddin yang meninggalkan kita semalam.

“Seorang lagi anak Sarawak meninggalkan kita dan satu kehilangan besar kepada kita di Sarawak,” katanya.

Berkongsi kenangan bersama Tun ketika hayatnya, Abang Johari berkata beliau berkesempatan berkhidmat di bawah pimpinan Tun Salahuddin sebagai menteri.

Sepanjang tempoh itu katanya banyak nasihat diberi kepada Allahyarham dan rakan-rakan pemimpin yang lain bagaimana mempertahankan negeri ini supaya aman dan damai.

“Allahyarham Tun Salahuddin adalah seorang pejuang ketika Sarawak memutuskan untuk bergabung sebagai sebuah negara Malaysia.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang telah ditemuduga oleh Suruhanjaya Cobbold waktu itu dan selepas itu membawa kita ke era kemerdekaan,” katanya.

Tun Salahuddin katanya juga telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri dua kali yang melambangkan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin yang telah menyatukan rakyat berbilang kaum dan bangsa di Sarawak.

“Atas nasihat dan pimpinan beliau, kita menikmati apa yang kita lihat pada hari ini.

“Kepada keluarga Allahyarham, kami berdoa agar mereka bersabar dan semoga roh Tun Salahuddin ditempatkan bersama-sama orang beriman dan soleh,” ujarnya.  


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 10:52 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 29-1-2022 02:53 PM



Allahyarham Tun Salahuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, hari ini. -Gambar oleh Chimon Upon

Jenazah bekas TYT selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang

KUCHING: Jenazah Allahyarham Tun Pehin Sri Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, di sini sekitar jam 2.40 petang hari ini.

Bekas Yang di-Pertua Negeri itu disemadikan selepas upacara penghormatan terakhir yang diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya di sini.

Suasana hiba dan pilu itu dihadiri keluarga terdekat Allahyarham dan tetamu kenamaan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Masjid Jamek, Petra Jaya sekitar jam 11.30 pagi dari Pusat Perubatan Normah dan disembahyangkan di masjid berkenaan kira-kira jam 1.15 petang dan solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.


Solat jenazah Allahyarham yang diadakan di Masjid Jamek Negeri diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Mustapha Kamal Ahnad Fauzi.-Gambar oleh Chimon Upon
Ketibaan jenazah disambut dengan penuh istiadat dengan kekuatan 11 pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Semenggo, Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) mengusung jenazah.

Antara kenamaan yang hadir memberi penghormatan kepada jenazah ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Undang-Undang MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, ahli-ahli Kabinet Negeri, ahli-ahli dewan undangan negeri dan tetamu kehormat lain.

Terdahulu, Tun Salahuddin disahkan meninggal dunia pada umur 100 tahun di Pusat Perubatan Normah akibat sakit tua sekitar jam 11.47 malam Jumaat.

Pemergian Allahyarham meninggalkan tujuh cahaya mata hasil perkahwinan dengan Allahyarhamah Toh Puan Datin Patinggi Dayang Umi Kalthum dan Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.



Jenazah Allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Semariang untuk urusan pengebumian. -Gambar oleh Chimon Upon

Allahyarham dilahirkan 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu dan menjadi orang pertama memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebanyak dua kali.

Kali pertama, Allahyarham dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ketiga bermula 1977 hingga 1981.

Allahyarham bagaimanapun dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.

Pada tahun 2000, Allahyarham menjadi pemangku Yang di-Pertua Negeri kerana penyandang jawatan itu Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan sakit.

Ahmad Zaidi bagaimanapun meninggal dunia pada Disember 2000, sekali gus menyaksikan Allahyarham dilantik semula secara tetap ke jawatan itu pada Februari 2001 dan berakhir secara rasmi pada Februari 2014.

Sementara itu, anak Allahyarham, Mohammad Hafizul Abang Muhamad Salahuddin, 26, ketika ditemui media berkata Allahyarham mula sakit sebulan yang lalu disebabkan hati tersumbat.

"Bagaimanapun pada 22 Januari lalu telah dilakukan operasi pembedahan untuk membuang hempedu.

"Selepas pembedahan keadaan semakin baik," katanya.

Namun, jelasnya tanpa disedari beliau menerima panggilan daripada pihak hospital Pusat Perubatan Normah di mana Allahyarham perlu menggunakan bantuan kerana tidak sedarkan diri.

"Bagaimanapun Ayahanda meninggal dunia pada Jumaat jam 11.45 malam," jelasnya dengan nada yang sedih.

Ditanya mengenai kenangan manis bersama Allahyarham, Hafizul mendedahkan beliau sentiasa membawa Allahyarham berjalan, selalu memberi mandi dan makan dan Allahyarham suka makan di kedai kopitiam.

"Bagi perwatakan pula, ayahanda seorang yang tegas, lucu selain mempunyai perwatakan yang suka bergurau.

"Allahyarham juga selalu mengingatkan untuk tidak bertelagah antara adik beradik kerana ibu sudah tiada dan ayahanda sudah tua dan saya jadi ketua keluarga," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/29

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 11:21 PM | Show all posts


Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Tun Salahuddin

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (gambar) yang meninggal dunia pada malam Jumaat.

Turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Abang Muhammad Salahuddin ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut catatan itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada Negeri Sarawak serta negara.

Abang Muhammad Salahuddin, 100, yang merupakan individu pertama berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali, meninggal dunia pada 11.47 malam tadi di Pusat Perubatan Normah di Kuching, Sarawak akibat sakit tua.

Lahir pada 27 Ogos 1921, beliau menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2022 11:23 PM | Show all posts


PM ucap takziah kepada keluarga bekas TYT Sarawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang meninggal dunia malam Jumaat.

Perdana Menteri menyifatkan Tun Salahuddin sebagai seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama dengan roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya di dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Tun Salahuddin, 100, yang merupakan individu pertama berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali, meninggal dunia pada 11.47 malam tadi di Pusat Perubatan Normah di Kuching, Sarawak akibat sakit tua.

Lahir pada 27 Ogos 1921, beliau menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 11:28 PM | Show all posts


Pemergian Tun Salahuddin kehilangan besar buat Persatuan Melanau

MUKAH: Adun Balingian Abdul Yakub Arbi menyifatkan pemergian Mantan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak.

Beliau berkata, Tun Salahuddin merupakan bapa pengasas kepada penubuhan Persatuan Melanau yang ada di Sarawak ini sejak dulu sehinggalah ke hari ini.

Katanya, jasa-jasa beliau harus dikenang oleh seluruh generasi di Sarawak kerana hasil usaha beliau akhirnya ia dapat dinikmati oleh setiap lapisan generasi tanpa mengira bangsa dan agama di negeri ini.

“Allahyarham merupakan individu pertama berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.

“Beliau menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Tambahnya, Allahyarham juga merupakan seorang pemimpin yang bukan sahaja mesra rakyat tetapi juga sentiasa memberi perhatian kepada rakyat dan berdedikasi dalam memperjuangkan Sarawak.

“Beliau merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat dan pembangunan Sarawak.

“Bagi pihak seluruh warga Persatuan Melanau Mukah, kami menzahirkan ucapan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” ujarnya lagi.

Allahyarham Tun Salahuddin, 100, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini pada Jumaat, jam 11.42 malam.


by Suaraswk
January 29, 2022
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2022 10:14 AM | Show all posts


Harimau mati meninggalkan belang… jasa Tun Salahuddin akan tetap dikenang

MUKAH: Pemergian Mantan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan diakui merupakan bapa pengasas kepada penubuhan Persatuan Melanau yang ada di Sarawak sejak dahulu sehinggalah ke hari ini

Itu jelas Adun Balingian Abdul Yakub Arbi yang juga Pengerusi Persatuan Melanau Mukah, berhubung pemergian Tun Abang Muhammad Salahuddin pada Jumaat yang membawa satu berita duka buat rakyat Sarawak

Katanya jasa-jasa beliau harus dikenang oleh seluruh generasi di Sarawak kerana hasil usaha beliau yang terdahului akhirnya kini dapat dinikmati oleh setiap lapisan generasi tanpa mengira bangsa dan agama di Sarawak.

“Allahyarham merupakan individu pertama berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.

“Beliau menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Tambahnya lagi Allahyarham juga merupakan seorang pemimpin yang bukan sahaja mesra rakyat tetapi juga sentiasa memberi perhatian kepada rakyat dan begitu berdedikasi dalam memperjuangkan Sarawak.

“Beliau merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat dan pembangunan Sarawak.

“Bagi pihak seluruh warga Persatuan Melanau Mukah, Salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Salahuddin.

“Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” ujarnya lagi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 11.42 malam akibat sakit tua di Pusat Perubatan Pakar Normah, pada Jumaat.

Seterusnya Jenazah Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang kira-kira jam 2.13 petang pada Sabtu.


sarawakvoice.com/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.158268 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list