CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

[Sarawak] Alena Murang hasilkan muzik video ‘Many Tomorrows’ sempena Hari Kanser Sedunia

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:26 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Pemuzik Sape profesional dan pencipta lagu, Alena Murang telah melancarkan sebuah muzik video bertajuk ‘Many Tomorrows’ sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari ini.

Muzik video ini merupakan kerjasama beliau dengan Persatuan Advokasi dan Kesedaran Kanser Kuching (SCAN) yang menjadi suara kepada pesakit kanser di Sarawak.

Idea penghasilan lagu ini diilhamkan daripada luahan pesakit kanser yang berdepan cabaran mendapatkan rawatan dan amat berharap jurang perbezaan yang menyumbang kepada isu ini dapat diatasi.

Lirik nukilan Alena sendiri ingin mengingatkan tiada individu yang ditinggalkan tanpa mengira latar belakang dalam menghadapi isu ini.

Manakala gubahan lagu pula diketuai Jonathan Wong Ketshin dan diterbitkan Joshua Maran juga turut diindahkan dengan alunan petikan Sape.


Alena Murang melancarka muzik video ‘Many Tomorrows’ sempena Hari Kanser Sedunia tahun ini.

Bercakap mengenai pelancaran muzik video ini, Alena berkata sejak usi kecil beliau membesar dengan isu kanser.

Ibu bapanya pernah membawa beliau bertemu pesakit kanser di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bermain dengan mereka dan menghiburkan mereka dengan muziknya.

“Saya sedar bukan mudah bagi pengidap dan keluarga mereka mengharungi cabaran ini. Oleh itu, saya tidak menolak bekerjasama dengan SCAN. Saya hanyalah penyumbang kecil untuk usahasama ini,” katanya.

Selain SCAN, muzik video ini turut mendapat kerjasama Perikatan Untuk Kawalan Kanser Kebangsaan (UICC), penari Zephyr dan ahli Persatuan Masalah Pendengaran Kuching.

Alena juga berharap lagu ini dapat memberikan kelegaan kepada penghidap kanser termasuklah mereka yang prihatin dan berharap ini dapat menarik lebih perhatian kepada permasalahan mereka.

Rentetan pelancaran ‘Many Tomorrows’, produk t-shirt dan beg kantung juga boleh didapati secara pra-pesanan di laman sesawang Tandang Store (www.tandangstore.com) yang merupakan usaha bersama Alena dengan SCAN dimana hasil jualan akan disalurkan kepada SCAN.

Muzik video ini boleh ditonton di laman YouTube Alena dan audio lagu boleh didengarkan di platform digital yang lain.



utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.125679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list