CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari bakal umum dasar baharu

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:05 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari hadir dalam Majlis Kesyukuran dan Apresiasi PRN Ke-12 Sarawak bagi kawasan Dun Satok di sini, malam tadi.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa satu dasar baharu akan diumumkan untuk rakyat Sarawak tidak lama lagi.

Tanpa mendedahkan perincian dasar itu, katanya ia akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan latar belakang mereka.

“Insya-Allah, saya akan umumkan dasar baharu ini yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi PRN Ke-12 Sarawak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini, malam tadi.

Jelas Abang Johari, perancangan bagi dasar berkenaan masih dalam peringkat perancangan.

“Dasar baharu yang akan kita laksanakan ini masih dalam perancangan saya, namun dasar yang kita ada sekarang akan dikuatkan lagi.

“Bagaimanapun, semua orang mesti terus bersatu supaya kita dapat melaksanakan dasar ini dan membawa lebih banyak pembangunan kepada Sarawak,” katanya.


by suaraswk
January 30, 2022

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044350 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list