
Polis membuat tangkapan pada Selasa. - Gambar ihsan polis
SIBU: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Tellian Laut, Mukah pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kedua-dua suspek berusia 40 dan 41 tahun ditahan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah pada jam 3.40 petang.
"Hasil pemeriksaan pihak kami di lokasi serbuan telah menjumpai satu keratan straw kecil berwarna merah jambu berisi ketulan kristal merupakan dadah jenis methaphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar dadah seberat 0.10 gram," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, kedua-dua lelaki tersebut dibawa ke pejabat BSJN IPD Mukah untuk tindakan dan siasatan lanjut.
"Siasatan awal pihak polis juga mendapati kedua-dua suspek telah melibatkan diri dalam kegiatan dadah sejak September 2021 sehingga sekarang."
"Kedua-dua penggangur juga memperolehi bekalan di sekitar pasar Mukah," jelasnya lanjut.
Katanya, ujian air kencing mendapati suapek berusia 41tahun didapati positif Amphetamine.
Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sekysen 15(1) akta yang sama.
utusanborneo.com.my/2022/02/02 |