CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh lelaki curi kabel ditahan

[Copy link]
Post time 3-2-2022 03:10 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Mohd Hamizi meneliti rampasan kabel milik TM yang berjaya dirampas daripada suspek.

TUARAN: Kegiatan tujuh lelaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Bhd (TM) membawa padah selepas ditahan semasa leka melakukan kegiatan terbabit minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata kesemua suspek berumur 20 hingga 34 tahun itu menjalankan kegiatan itu kira-kira jam 4 petang di sebuah jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tajau Termenung di sini.

Katanya tindakan kesemua suspek dengan berselindung di sebalik ‘vest’ dan kenderaan syarikat kontraktor berdaftar tidak berjaya mengaburi mata pengawal keselamatan TM sebelum bertindak menahan kumpulan terbabit dan  menghubungi pihak polis.

“Sebaik menerima maklumat kejadian,  sepasukan anggota dan pegawai polis digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek didapati melakukan pemotongan kabel tembaga sepanjang kira-kira 190 meter.

“Turut dirampas pelbagai peralatan yang digunakan dalam aktiviti mencuri kabel tembaga milik TM berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di sini.

Mohd Hamizi berkata, siasatan mendapati semua suspek yang ditahan adalah pekerja di sebuah syarikat sub kontraktor yang bertanggungjawab membuat pemasangan kabel optik Unifi TM.

Katanya dengan tertangkapnya kesemua suspek ini, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnnya lapan kes kecurian yang dilaporkan sebelum ini.

“Polis percaya, rampasan kes kali ini termasuk kabel tembaga dianggarkan bernilai RM25,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Semua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.079909 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list