CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Sarawak] Ramalan cuaca pada Februari di Sarawak

[Copy link]
Post time 3-2-2022 11:56 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah susulan fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 Nov tahun lepas dijangka berterusan hingga Mac ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, tinjauan cuaca bagi tempoh Februari hingga Mac sepanjang tempoh monsun berkenaan, negara cenderung menerima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut berkelajuan 10 hingga 20 kilometer per jam.

MetMalaysia  melaporkan, tinjauan cuaca tersebut dikeluarkan berdasarkan analisis beberapa model tinjauan iklim terpilih antaranya NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre) dan European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF).

“Pada bulan ini (Februari), kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara tiada hujan hingga 250 milimeter (mm). Di Sarawak, paras purata hujan antara 150 mm hingga 400 mm akan melibatkan kebanyakan kawasan kecuali Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dengan jangkaan 300 mm hingga 700 mm,” menurut kenyataan tersebut yang dipetik Bernama.

Bahagian pantai barat dan pedalaman Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras 50 mm hingga 100 mm manakala Kudat, Sandakan dan Tawau akan menerima hujan berlebihan sedikit sehingga 400 mm pada bulan ini.


sarawakvoice.com/2022/02/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.385282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list