CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Sarawak] Banjir kilat di pusat bandar Miri berikutan hujan lebat

[Copy link]
Post time 4-2-2022 08:14 AM | Show all posts |Read mode


Kesesakan lalu lintas ekoran kejadian banjir kilat berlaku di hadapan BBP Miri Sentral.

MIRI: Hujan lebat yang berlaku tengah hari ini menyebabkan terdapat kawasan di pusat bandar Miri dilanda banjir kilat dan mengakibatkan lalu lintas kenderaan bergerak perlahan di jalan utama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral Michael Bonny Martin ketika dihubungi berkata balainya merupakan antara kawasan yang terjejas akibat hujan lebat berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Hujan lebat sejak jam 12.30 tengah hari mengakibatkan banjir kilat kerana longkang besar bersebelahan BBP Miri tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak.
"Hujan mula membanjiri jalan raya utama berdepan balai ini kira-kira jam 1.30 tengah hari," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata susulan kejadian tersebut pihak perkhidmatan Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah datang ke BBP Miri untuk memantau keadaan banjir dan membersihkan longkang yang mungkin tersumbat.

"Air banjir telah surut apabila hujan semakin perlahan," ujarnya.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah di sekitar Tamu Muhibbah berdekatan dengan sebuah stesen minyak Jalan Miri-Bintulu.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang laporan mengenai banjir kilat di kawasan lain dibawah bidang kuasanya, Michael berkata tiada laporan diterimanya setakat ini.

Katanya, kawasan di bawah bidang kuasa balainya ialah Bakam merangkumi Kampung Raan dan kampung-kampung lain disekitarnya.

"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan mengenai banjir kilat di kawasan lain," katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Lopeng Mohamad Hamdani Madon berkata beliau juga masih belum menerima sebarang laporan kejadian banjir daripada kawasan di bawah bidang kuasanya termasuk Senadin dan Tudan setakat ini.

"Bagaimanapun, kami menjalankan rondaan di sekitar kawasan ini setiap hari," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061996 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list