CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Sarawak] Op Tapis: Tiga lelaki ditahan salah guna dadah di Bau

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:21 PM | Show all posts |Read mode


BAU: Tiga lelaki ditahan dalam tangkapan berasingan di sini semalam kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintenden Poge Nyaon berkata tangkapan dibuat menerusi Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Menurutnya, dua lelaki masing-masing berumur 21 dan 31 tahun ditahan dalam tangkapan pertama kira-kira jam 4 petang ketika pasukan operasi membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Serikin, di sini.

Katanya, salah seorang dari suspek telah ditahan di ruang tamu sementara seorang lagi suspek ditahan ketika bersembunyi di sebuah bilik tingkat bawah rumah berkenaan untuk mengelak dari ditahan dan diperiksa.

“Pemeriksaan lanjut di atas lantai bilik tersebut menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya.

“Ujian saringan awal air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara Poge berkata, tangkapan kedua melibatkan seorang suspek, 31 di jalan utama Kampung Bogag, Bau-Serikin, di sini kira-kira jam 4.45 petang.

Katanya, suspek yang menunggang motosikal telah memperlahankan motosikalnya dan cuba melarikan diri ketika dihampiri sebelum berjaya ditahan oleh pasukan operasi.

Tambahnya, pasukan operasi kemudiannya menyedari suspek sempat membuang sesuatu objek ke bahu jalan pada masa yang sama.

“Pemeriksaan objek berkenaan yang disaksikan oleh suspek adalah dua paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya.

“Siasatan awal mendapati suspek tersebut dari arah Pekan Bau hendak menuju ke Kampung Serikin,” jelasnya.

Katanya, suspek juga didapati positif berdasarkan ujian saringan awal air kencing.

Beliau berkata, keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 1.94 gram bernilai RM190 sementara kesemua suspek yang ditahan memiliki rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


sarawakvoice.com/2022/02/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.041908 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list