CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

[Sarawak] MBM siasat punca ikan mati di tasik Taman Bulatan

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-2-2022 11:37 AM



Pekerja mengeluarkan bangkai ikan yang dikumpul dari tasik Taman Bulatan.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan membuat siasatan bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan kematian ratusan ikan di tasik Taman Bulatan.

Jurucakap MBM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis tentang kes ini.

Jelasnya, berdasarkan laporan daripada kontraktor penyelenggaraan, lebih 100 bangkai ikan dikeluarkan dari tasik itu oleh empat pekerja sejak insiden dilaporkan.

"Insiden ini mendapat perhatian pihak Majlis semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.  

"Ada antara pengunjung dan pengguna taman membantu bertindak mengeluarkan bangkai ikan yang terapung selain memaklumkan pihak Majlis," katanya.

MBM turut memaklumkan kontraktor penyelengaraan juga diarahkan untuk mengeluarkan bangkai ikan sejak petang hari ketiga perayaan Tahun Baru Cina.

Tambahnya, banyak bangkai ikan ditemui tersangkut pada rumpai air dalam tasik tersebut.

"Ujian awal terhadap sampel air menunjukkan tasik tidak tercemar.

"Namun begitu, perbuatan sabotaj dengan meracun ikan atau sebarang perbuatan keji yang lain sedang diteliti," ujarnya.

Buat masa ini, tegasnya, MBM sedang mengenal pasti punca kematian ikan-ikan ini agar tindakan pemulihan boleh dilaksanakan.


utusanborneo.com.my/2022/02/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.098468 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list