CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 554|Reply: 0

[Sarawak] Harumkan nama sekolah, warga pendidik SK Wira Jaya raikan pelajarnya

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:43 PM | Show all posts |Read mode


Rosnah (kiri) ditemani Christo (kanan) merakam kenangan bersama para pelajar selepas majlis itu.

KOTA SAMARAHAN: Para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya di sini yang telah mengharumkan nama sekolah dari peringkat daerah hinggalah ke peringkat antarabangsa dirai dalam Majlis Makan Malam dan Malam Apresiasi 2022 di sebuah hotel terkemuka di bandar raya Kuching baru-baru ini.

Bertemakan hitam putih, mereka diraikan bersama guru dan kakitangan SK Wira Jaya yang mana seramai 10 pelajar hadir bersama penjaga pada malam tersebut.

Kesemua pelajar terbabit turut menerima anugerah dan sumbangan dari pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Wira Jaya sebagai tanda penghargaan atas kejayaan mereka dalam kategori masing-masing.

Sementara itu, Guru Besar SK Wira Jaya Rosnah Posa dalam ucapannya merakamkan perasaan yang amat bangga di atas pencapaian pelajar serta penyerlahan bakat mereka dalam pertandingan yang disertai walaupun mendepani cabaran penularan wabak COVID-19.

"Ini adalah hasil usaha yang tidak berbelah bahagi ibu bapa dan guru pembimbing yang bersama-sama memastikan bakat dan potensi pelajar terus digilap dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau juga berharap supaya bakat dan potensi yang ada pada pelajar hendaklah terus dikembangkan sehinggalah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang suatu hari nanti.


Christo menyampaikan sumbangan penghargaan atas kejayaan kepada Dania turut bersama Rosnah (kanan) dan Dilah (kiri).

Antara pelajar terbabit, Dania Nur Alesha Dilah yang merupakan salah seorang pelajar yang telah menyertai Pertandingan Cerdas Cermat Pantun Sekolah Dasar/Sekolah Rendah Festival Pantun Pendidikan Negeri Serumpun, melibatkan negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Dalam pertandingan tersebut beliau telah anugerah sebagai Peserta Pilihan III oleh juri dalam pertandingan yang dijalankan secara atas talian.

Mengulas kejayaan Dania, Dilah Tuah berkata sebagai ibu bapa, dia sememangnya memberi sokongan kepada semua anak-anaknya untuk terlibat secara aktif dalam semua aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun organisasi luar.


Flavia menerima sumbangan dari PIBG atas kejayaan menjuarai pertandingan menimbang bola peringkat kebangsaan.

Jelasnya, tujuannya adalah untuk membina keyakinan diri dalam kalangan anak-anak sebagai salah satu persediaan untuk mereka mendepani masa depan yang mencabar.

"Selain itu, kalah atau menang bukan ukuran, namun usaha dan iltizam yang perlu disemat dalam diri mereka untuk melakukan yang terbaik dalam semua lapangan kehidupan.

"Justeru, setiap ibu bapa perlu memberikan dorongan dan galakkan kepada anak-anak agar menimba sebanyak mungkin pengalaman yang bermakna semasa di alam persekolahan," ujarnya.

Turut hadir pada malam tersebut Yang Dipertua PIBG Sk Wira Jaya Christo Micheal, ahli jawatankuasa PIBG, guru serta kakitangan SK Wira Jaya.


utusanborneo.com.my/2022/02/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.415493 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list