CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Sarawak] Kekangan kewangan faktor utama pesakit kanser di Sarawak tidak teruskan rawatan

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:49 PM | Show all posts |Read mode


Sew Boon Lui

KUCHING: Masalah kewangan merupakan isu utama dihadapi pesakit kanser di negeri ini sehingga ramai dalam kalangan mereka memilih tidak meneruskan rawatan.

Perkara itu didedahkan perunding pakar hematologi, Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Chew Li Ping sambil menambah disebabkan masalah kewangan, ramai pesakitnya tidak menghadiri temujanji atau rawatan seterusnya.

"Walaupun keadaan bertambah baik di Sarawak berbanding 10 tahun lalu, sekarang pesakit boleh menerima banyak penjagaan sokongan di klinik-klinik berdekatan, mereka masih memerlukan sokongan kewangan bagi membolehkan mereka datang secara kerap ke hospital bagi menjalani kemoterapi atau rawatan-rawatan lain," katanya.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran video muzik oleh Persatuan Advokasi dan Kesedaran Kanser Kuching (SCAN) sempena Hari Kanser Sedunia 2022 bertemakan ' rapatkan jurang' (Close the Gap) yang berlangsung secara maya (Zoom) hari ini.

Video muzik yang bertajuk ' Many Tomorrows' dihasilkan oleh penyanyi yang juga pencipta lagu dan pemain sape terkemuka, Alena Murang.

Lebih menyedihkan katanya, ramai pesakit beliau yang sudah berusia lebih rela menunggu masa untuk mati daripada menerima rawatan kerana tidak mahu menambah beban kewangan anak-anak.


Tangkap layar sebahagian muzik video 'Many Tomrrows' dinyanyikan Alena Murang.

Sehubungan itu beliau berharap Malaysia akan mengakses kepada lebih banyak ubat generik kerana ia lebih murah dan sudah tentu memberi manfaat kepada pesakit kanser yang memerlukan rawatan.

"Saya juga amat berharap Malaysia melakukan lebih banyak ujian klinikal antarabangsa ke atas ubat-ubat kanser dengan itu pesakit berulang boleh mendapat akses awal kepada perubatan terkini untuk hasil lebih baik dan merapatkan jurang," tambah Dr Chew.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dalam video pendek yang turut disiarkan berkata Sarawak sentiasa berusaha menyediakan kemudahan rawatan kanser lebih baik untuk pesakit di negeri ini.

Selain itu katanya kempen kesedaran mengenai kanser diadakan dari semasa ke semasa.

"Kita tidak membiarkan pesakit kanser bersendirian menghadapi penyakit dihadapi, malah mereka akan dibantu.

"Menerusi kempen kesedaran yang dianjurkan pula, kita berharap pesakit akan lebih yakin dan kuat meneruskan perjuangan dengan meneruskan rawatan," katanya.

Presiden SCAN Sew Boon Lui dalam ucapan aluannya berkata sebagai ahli Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC), SCAN membawa suara pesakit menerusi kerja sama dengan Alena Murang menggunakan muzik.

Sew berkata melalui lagi 'Many Tomorrows' suara pesakit diluahkan, menggambarkan halangan-halangan dihadapi apabila mereka perlu menjalani penjagaan kanser yang betul.

"Kita percaya video muzik ini akan membuat setiap orang sedar tujuan SCAN untuk merapatkan jurang penjagaan bagi hasil lebih baik serta menyediakan 'hari esok yang lebih banyak'.

"Menerusi lagi ini, kita berharap ramai akan menyertai kita merapatkan jurang." tambah Sew.


utusanborneo.com.my/2022/02/04



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.349434 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list