NEW YORK: Lelaki dari New York yang dianugerahkan Rekod Dunia Guinness kerana memiliki 864 tatu serangga di badannya mendedahkan fakta sebenar yang tidak dijangka tentang dirinya bahawa dia sebenarnya tidak suka akan serangga.
“Saya benci akan serangga,” kata Michael Amoia, seperti dipetik UPI news.
Tatu pertama Amoia ialah ratu semut merah yang diukir di lengan bawahnya ketika dia berusia 21 tahun.
Menurutnya orang ramai beranggapan dia suka akan serangga, tetapi hakikatnya dia takut dan tidak suka akan serangga.
“Namun, tatu ini mempunyai pelbagai makna, itulah sebabnya saya meletaknya di seluruh badan,” kata Amoia kepada Guinness.
sarawakvoice.com/2022/02/05 |