CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21272|Reply: 0

7 Cara Hilangkan Gam Gajah / Super Glue Pada Tangan, Kasut, Baju Dan Plastik

[Copy link]
Post time 8-2-2022 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 8-2-2022 11:38 PM




“Ah sudah…. Tertumpah pulak gam gajah ni sampai kena kat tangan dengan baju. Habis melekat, makin lambat kerja aku jadinya. Macam mana cara hilangkan gam gajah ni?”
Memang stres bila gam tertumpah dan melekat dekat tangan. Kalau nasib kurang baik, tertumpah banyak sampai terkena baju, lantai atau mana-mana permukaan lain yang susah dibersihkan.

Jangan risau, ada banyak tips, petua dan cara hilangkan gam gajah atau super glue ni.
Jom kita tengok apa yang boleh anda cuba jika terjadi kejadian yang tak diingini seperti ini.


APA ITU GAM GAJAH?
Gam Cyanoacrylate adalah nama sebenar untuk apa yang biasanya dikenal sebagai “Gam Gajah”
atau “Super Glue”.

Sebenarnya, istilah gam cyanoacrylate secara amnya menggambarkan gam melekat segera.

Ia boleh digunakan untuk melekatkan apa sahaja dari logam ke plastik dan juga malangnya kulit manusia.

Tidak seperti pelekat tradisional yang berasaskan air, gam cyanoacrylate terdiri daripada resin akrilik.

Bahan utama dalam gam cyanoacrylate adalah cyanoacrylate, yang merupakan monomer akrilik yang berubah menjadi keadaan plastik setelah diawetkan (curing).

Gam gajah ini banyak digunakan untuk membaiki sesuatu yang tertanggal atau kerja kerja seni tangan yang memerlukan dua permukaan dilekatkan.

Malangnya kadang-kadang berlaku dimana si penguna mendapati sebahagian gam ini terlekat pada tangan.

Jadi, bagaimana cara hilangkan gam gajah dari tangan, atau permukaan lain yang terkena gam ini tanpa sengaja?


7 CARA HILANGKAN GAM GAJAH PADA TANGAN, KAIN & PLASTIK1. RENDAM DALAM AIR SABUN SUAM
Sekiranya gam gajah belum kering sepenuhnya, rendam kawasan yang terkena di dalam air sabun suam.

Isi mangkuk atau baldi dengan air dan sabun atau bahan pencuci yang sedikit hangat – tetapi bukanlah yang mendidih.

Rendam kawasan yang terjejas selama 5 hingga 10 minit.

Setelah gam menjadi lembut, gosok perlahan-lahan.

Jika gam gajah terkena tangan, jangan teruskan jika terasa sakit atau kelihatan seperti boleh merobek kulit.


2. GARAM
Lagi satu petua hilangkan gam gajah pada tangan ialah dengan menggunakan garam saja.

Caranya, mula-mula basahkan kedua tapak tangan terlebih dahulu.

Kemudian ambil garam dan sental pada jari yang terkena gam sehingga bersih.

Tapi pastikan anda berhati-hati jika ada kesan luka pada jari sebab garam boleh menjadikan luka berasa pedih tau!


3. MENTEGA / MINYAK MASAK
Mentega dan minyak, seperti minyak kelapa, dapat membantu memisahkan jari-jari yang terlekat oleh gam secara tidak sengaja.

Cuba rendam kulit dengan air suam terlebih dahulu, kemudian gosokkan minyak atau mentega ke kawasan yang melekat untuk meleraikannya.

Sapukan lebih banyak minyak dan urut kawasan tersebut sehingga gam hilang.



4. PENGHILANG CAT KUKU (NAIL POLISH REMOVER) ATAU ACETONE
Sebilangan besar penghilang cat kuku mengandungi pelarut kuat yang disebut acetone yang dapat melarutkan super glue yang terlekat pada pakain atau permukaan licin seperti plastik.

Tuangkan penghilang cat kuku ke dalam mangkuk dan rendam pakaian atau bahan yang terlekat selama satu minit / sehingga gam larut.

Perlu diingat bahawa Acetone sangat toksik dan anda perlu mencuci tangan dengan sempurna selepas itu.

Jangan gunakan acetone pada kulit yang cedera.


5. VASELINE (PETROLEUM JELLY)
Satu lagi tip hilangkan kesan gam gajah ialah dengan menggunakan Petroleum jelly atau yang biasa kita kenal dengan nama Vaseline.

Caranya, basahkan tangan dengan air suam dan sedikit sabun. Kemudian, ambil vaseline dan sapukan pada bahagian yang terlekat gam.

Gosokkan perlahan-lahan hingga kesan gam tertanggal.


6. PENGHILANG GAM (GLUE REMOVER)
Beberapa kedai kraf dan hobi menjual produk yang dapat menghilangkan gam gajah dengan cepat tanpa merosakkan permukaan.

Dalam gambar ni satu contoh yang boleh anda gunakan tanggalkan kesan gam untuk kereta atau motor. (bukan iklan ok!)

Jadi kalau anda selalu buat kerja yang menggunakan super glue, bolehlah standby dan beli siap-siap ya.
7. JUS LEMON
Selain bahan yang dinyatakan di atas tak berjaya menanggalkan kesan super glue tadi, boleh juga cuba rendam tangan atau bahan yang terlekat gam tadi ke dalam air perahan lemon.

Asid yang terdapat padanya mampu mengurangkan daya lekat gam dan lebih mudah tertanggal jika ia melekat.


MUDAH KAN?
Dah tahu tips dan petua hilangkan kesan gam ni, taklah risau nak DIY atau buat kerja menggunakan gam lagi.

Jom kongsikan dengan kawan-kawan supaya sama-sama dapat hilangkan stres bila melalui situasi terlekat gam ni. Hehe.

Selamat mencuba!







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.159046 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list