CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2725|Reply: 0

6 Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

[Copy link]
Post time 9-2-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Entri yang kami kongsikan supaya anda tahu cara yang betul untuk penjagaan kabinet supaya dapur kekal bersih dan kabinet dapur tahan lebih lama.

Dapur merupakan ruang yang paling penting untuk sesebuah rumah. Dan apa yang paling utama adalah tahap kebersihan dan keselamatan di dapur.
Menjaga Kebersihan dapur adalah sangat penting kerana ia adalah ruangan untuk kita menyediakan makanan untuk seisi keluarga. Kita juga perlu mengekalkan kebersihan dapur dengan menyusun atur kemas barang-barang di tempat yang sepatutnya.

Untuk keseluruhan kabinet ruang rumah, kabinet dapur adalah yang paling mahal. Untuk kabinet yang biasa – biasa sahaja sudah menelan belanja sekurang – kurangnya 5 ribu dan keatas. Jadi amatlah penting untuk tahu cara menjaga kabinet dapur dengan cermat dan kekal bersih. Dapur yang bersih juga mengurangkan risiko daripada keracunan makanan. Ketahui cara yang berkesan untuk dapur kekal bersih dan kabinet dapur tahan lebih lama.

1. Alternatif Pencuci
Selain daripada bahan kimia sabun pencuci, cuka adalah salah satu alternative pencuci lain yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak dan kotoran di kawasan celahan dan kabinet dapur anda. Caranya dengan mengisi cuka bersama air di dalam botol. Goncang sehingga mengeluarkan buih dan semburkan ke bahagian kotoran. Kemudian lap dengan kain yang bersih.

Selain itu, lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang mudah. Cuma perlu hiriskan lemon, campur bersama air dan garam, kemudian gosok pada bahagian kabinet dapur yang kotor dengan kain bersih. Selain dapat membersihkan kotoran, aroma lemon juga dapat menyegarkan udara dapur anda.

2. Peka Keadaan Dapur

Sentiasa peka dengan bahagian basah di ruang kabinet dapur anda. Jika terdapat resapan air terutama di bahagian sinki. Ini menandakan yang silicon sebagian penebat resapan air sudah rosak atau terbuka. Segeralah perbaiki sebelum ia meresap kebahagian lain kabinet.

Untuk yang menggunakan kabinet jenis kayu, perkara ini harus di ambil berat kerana resapan air sangat pantas jika berlaku kebocoran di bahagian sinki dan juga pili air masuk dan keluar. Penggunaan penapis amat digalakkan supaya saluran sinki dapur tidak mudah tersumbat dengan sampah.

3. Haba dan Cahaya

Terik mentari berlebihan juga untuk kabinet dapur adalah tidak sesuai. Sifat kayu dan warna pada kayu boleh bertindak balas terhadap kepanasan membuatkan kabinet mudah rosak. Jadi penggunaan bidai atau langsir pada tingkap boleh meminimakan cahaya dan haba pada kabinet dapur anda.

Selain itu, ketika proses memasak juga amatlah penting untuk buka tingkap bahagian dapur supaya mendapat aliran pengudaraan yang baik. Pastikan kabinet dapur anda kekal kering dan elak daripada sentiasa basah dan lembapan.

4. Kesan Minyak

Segera cuci alat memasak setelah digunakan. Jika anda mempunyai backsplash dinding seperti tempered glass amatlah mudah untuk di bersihkan daripada kesan kotoran minyak. Sebaliknya jika anda menggunakan tiles, resapan minyak di celah – celah sambungan tiles perlu ambil berat. Sentiasa lap dan bersihkan selepas siap proses memasak.
Jika mempunyai penyedut asap (Hood Kitchen), pastikan diguna ketika memasak di dapur. Penapis hood juga perlu di selenggara 5 bulan 1 kali. Ini mengelakkan daripada penyedut tersumbat dan melancarkan aliran asap keluar ketika ia gunakan. Kesan minyak yang melekat lama kelamaan akan menebal dan meninggalkan kesan terhadap tekstur kayu dan kabinet dapur anda.

5. Alas Perkakas

Untuk memastikan table dapur anda kekal bersinar dan tidak rosak, penggunaan seperti alas periuk panas juga sangat penting. Mengelakkan daripada terjadinya heatmark pada permukaan dapur anda. Selain itu, alas untuk perkakas yang basah juga penting untuk mengelakkan dari terjadinya matermark di permukaan table top kabinet dapur anda.

6. Rak Susunan Barang

Sebelum anda menempah dan membina kabinet dapur, anda pasti sudah tahu apa yang akan anda isikan untuk setiap ruang simpanan kabinet. Jadi, di ruang bahagian berat anda patut beritahu pada kontraktor untuk menambah ketebalan rak di dalam kabinet untuk menampung barang berat. Pastikan barang sentiasa di susun bertepatan dengan ruang yang sudah di rancang.

Sentiasa menyimpan barang di tempat asal setelah guna. Barang – barang berat haruslah di bahagian Base Unit kabinet dapur. Sebaliknya pula untuk barang yang ringan boleh susun di bahagian Wall Unit kabinet dapur. Perlu ingat yang bahagian Wall Unit kabinet adalah berpaut di dinding. Jadi ia tidak sesuai untuk meletakkan barang yang berat untuk memanjangkan hayat kabinet dapur anda.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.043058 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list