CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 1

Mercedes model 1930 Raja Faisal I dijual RM10.7 juta

[Copy link]
Post time 10-2-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode

MERCEDES-BENZ 770K 1930 yang pernah dimiliki Raja Faisal I.

Baghdad: Kereta vintaj model Mercedes-Benz 770K 1930 yang pernah dimiliki Raja Faisal I, dijual secara lelongan dalam talian pada Isnin, dengan harga AS$2,555,555 (kira-kira RM10.7 juta).

Faisal I adalah pengasas Iraq moden yang memerintah negara itu, dari tahun 1921 hingga 1933.

The National News melaporkan, kereta hitam itu menjadi kenderaan rasmi pemerintah Iraq selama beberapa dekad ketika pemerintahan anak Faisal I, Raja Ghazi (1933 hingga 1939) dan cucunya, Raja Faisal (1939 hingga 1958).

Bantuan Mercedes-Benz membolehkan satu muzium di Amerika Syarikat (AS) iaitu Indianapolis Motor Speedway Foundation membeli kereta itu pada tahun 1967 dan kerja pengubahsuaian disiapkan pada tahun 1970-an.

Ia dipamerkan dalam perarakan kereta vintaj di AS dan pada bulan lalu, muzium itu menjualnya di platform lelongan automotif Bring a Trailer.

Kereta diraja itu adalah salah satu daripada 117 contoh W07 yang dihasilkan antara 1930 dan 1938 dengan casisnya mempunyai plat Baghdad - 83807.

Ia dilengkapi dengan empat pintu, rangka badan kabriolet oleh Voll dan Ruhrbeck dari Berlin, dan tiga bumbung yang boleh diangkat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:15 PM | Show all posts
this beast, style!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.412294 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list