|
DADAH yang ditemukan di dalam kapal selam itu. FOTO Tentera Colombia
Bogota: Tentera Colombia merampas 4,000 kilogram (kg) bernilai 100,000,000 pound sterling (kira-kira RM567.5 juta) dadah yang diseludup menggunakan kapal selam ke Amerika Tengah.
Pegawai berjaya memintas kapal yang bernilai jutaan dolar itu yang memiliki kemampuan mengangkut sekurang-kurangnya 5,000 kg dadah di Lautan Pasifik, di kawasan perairan kira-kira 70 batu (112 kilometer) dari bandar Pelabuhan Narino Tumaco, pada Ahad.
Menerusi rakaman video, ini adalah rampasan terbesar tentera laut dalam tempoh dua tahun.
Ketika serbuan, pegawai mengacukan senjata ke arah kapal selam itu, lapor Metro UK.
Empat lelaki ditahan termasuk seorang warga Ecuador yang menjadi individu dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan penyeludupan dadah.
Lelaki itu dikenali sebagai Jorge PB berada dalam senarai untuk ekstradisi ke AS.
Suspek, bersama tiga lagi warga Colombia kemudian diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Mereka dituduh menyeludup dan membawa dadah serta penggunaan, pembinaan, pengkomersialan dan pemilikan bahan separa tenggelam atau tenggelam.
Dadah itu dibungkus dalam 4,000 plastik dan dalam 200 beg besar.
|
|