|
Eddie dan Randy bertemu Sabtu lalu. FOTO Facebook Nellie Summers
California: Dua saudara kandung Amerika Syarikat yang tidak mengetahui kewujudan antara satu sama lain disatukan menerusi petunjuk dalam satu siaran televisyen.
Randy Waites dari California menonton berita tempatan, KCRA 3 sebelum dia terperasan lelaki yang ditemu bual wartawan berkongsi nama keluarganya.
Randy, membesar tanpa mengenali bapanya dan penemuan petunjuk di televisyen itu mengganggu fikirannya sama ada dia dan lelaki itu, Eddie Waites mempunyai hubungan kekeluargaan.
Anak perempuannya, Cambria berusaha menjejaki maklumat lelaki itu sebelum bapanya dapat berhubung dengan Eddie.
"Saya melihat ciri-ciri (Eddie) dan dia sebenarnya kelihatan seperti ayah saya pada bahagian mata.
"Saya melakukan penyelidikan, mencari namanya dan semua yang saya boleh," katanya kepada KCRA.
Menurut Randy, dengan bantuan anaknya itu dia dan Eddie akhirnya berhubung melalui telefon.
|
|