View: 1255|Reply: 0
|
Taliban padam semua tanda kerajaan lama
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 15-2-2022 03:19 PM
KABUL: Pergerakan Taliban memadamkan semua tanda bekas pentadbiran kerajaan terdahulu, selepas enam bulan mengambil alih semula pemerintahan Afghanistan.
Antara yang hilang daripada pandangan ialah bendera republik terdahulu, lukisan mural perwira negara dan peringatan bagi mengenang pejuang terkorban dalam serangan didalangi Taliban.
Deretan dinding kini dipenuhi slogan Emiriah Islam baharu, termasuk yang tertulis 'Dengan bantuan Tuhan, negara kita kalahkan rakyat Amerika'.
Pemilik salun kecantikan di tengah Kabul juga menurunkan poster wanita yang ditata rias dan gaya rambut, yang sebelum ini menghiasi pintu masuk premis mereka.
Gambar figura komander anti Taliban, Allahyarham Ahmad Shah Massoud, lengkap memakai topi Pakol yang kini menjadi fesyen utama di seluruh Kabul, juga dilihat ditutup oleh pentadbiran baharu.
Kelibat wanita dan remaja perempuan kurang menyusuri pasar dan kafe, dipercayai kerana terlalu takut untuk meninggalkan kediaman masing-masing, pasca peralihan pentadbiran oleh Taliban atau tiada wang untuk berbelanja selepas hilang pekerjaan.
Kenderaan di jalanan turut berkurangan pada waktu malam, berikutan pusat pemeriksaan tambahan yang didirikan oleh Taliban.
Pada puncak bukit Kabul, bendera hitam, hijau dan merah melambangkan regim lama sudah diturunkan, sekali gus menyaksikan tiang berkenaan tanpa sebarang bendera. - AFP
Foto Google |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|