View: 1248|Reply: 0
|
Derita jangkitan kulat hitam di otak
[Copy link]
|
|
TYSON Bottenus menderita jangkitan kulat hitam di dalam otak. FOTO Agensi
New York: Seorang lelaki di Rhode Island, Amerika Syarikat (AS) menghidap penyakit misteri dan jarang jumpa dipercayai berpunca daripada kulat hitam yang ada dalam otaknya.
Oddity Central melaporkan, Tyson Bottenus, 35, adalah satu daripada 120 kes jangkitan yang didokumenkan dengan Cladophialophora bantiana.
Ia kulat eksotik yang dikenali sebagai kulat hitam sejak 1911.
Dalam kesnya, kulat itu bersarang di otak, menyebabkan Bottenus menghadapi pelbagai masalah sejak menderita jangkitan itu, kira-kira empat tahun lalu.
Bottenus bernasib baik kerana masih hidup walaupun kulat hitam lazimnya membunuh lebih 70 peratus perumahnya.
Lelaki itu juga melakukan segala yang mungkin untuk melawan penyakit berkenaan.
Dia berharap dapat mengeluarkan kulat itu dari otaknya, namun ia tidak mudah walaupun mencuba kaedah rawatan moden.
Pengalaman pahit Bottenus itu bermula pada 2018 apabila dia dan tunangnya, Liza memutuskan untuk meraikan pertunangan mereka dengan pergi berbasikal bersama-sama di Costa Rica.
Segala-galanya baik sehingga hari ketiga percutian mereka apabila Bottenus secara tidak sengaja terjatuh dari basikal dan cedera pada siku kirinya.
Ia bukan kecederaan yang serius, jadi dia hanya membilas dan membalut luka itu sebaik mungkin dan meminta untuk diperiksa oleh jururawat pada awal pagi keesokan harinya.
Jururawat memberitahu Bottenus bahawa tiada apa perlu dirisaukan.
Seperti dijangka, luka pada sikunya sembuh dengan cepat dan mereka berdua dapat meneruskan percutian mereka dan kembali ke AS.
Tiga minggu kemudian, Bottenus mula mengalami simptom pelik iaitu sakit kepala yang teruk, lumpuh pada bahagian muka dan sukar untuk ketawa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|