CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 0

Penunjuk perasaan anti-vaksin baling najis manusia ke arah polis

[Copy link]
Post time 21-2-2022 03:09 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail kumpulan anti-vaksin melakukan tunjuk perasan di depan bangunan Parlimen di Wellington, New Zealand. FOTO REUTERS

Wellington: Polis New Zealand mendakwa penunjuk perasaan anti-vaksin membaling najis manusia ke arah mereka, hari ini, ketika melakukan sekatan jalan raya di keliling kem mereka di luar bangunan Parlimen.

Penunjuk perasaan mengambil alih kawasan sekitar parlimen dan memenuhi jalan raya hampir dua minggu, selain membina kem untuk meneruskan protes.

Jumlah kenderaan yang menghalang laluan di jalan raya turut meningkat kepada 800 buah pada hujung minggu apabila semakin ramai menyertai tunjuk perasaan diinspirasikan protes 'Konvoi Pembebasan' dilakukan pemandu trak di Kanada.

Dalam usaha menghalang penaklukan lebih besar, kira-kira 300 anggota polis mengiringi forklift untuk meletakkan penghadang konkrit di jalan utama pada 3.30 pagi.

Polis berkata, ramai penunjuk perasaan muncul dan menjerit ke arah mereka sebelum lapan orang ditahan.

"Tujuh pegawai mengalami kecederaan dalam operasi itu sama ada tercalar atau cedera pada buku lali," kata mereka dalam satu kenyataan.

"Sebahagian pegawai turut terkena najis manusia yang dibaling penunjuk perasaan ke arah mereka."

Polis berkata, mereka akan memberkas pihak bertanggungjawab dan individu terbabit melakukan serangan boleh membawa penyakit boleh dipenjara selama 14 tahun.

Sementara itu, New Zealand akan menarik balik langkah mewajibkan vaksin Covid-19 dan penjarakan fizikal selepas varian Omicron sudah melepasi kemuncak, kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern, hari ini.

Ardern enggan menetapkan tarikh, tetapi menyatakan akan mengurangkan keperluan vaksin selepas Omicron mencapai kemuncak dan tindakan itu dijangka dilakukan bulan depan.

"Kita semua mahu kembali kepada kehidupan seperti asal. Saya fikir, ia sudah tidak lama dan lebih awal daripada anda fikirkan," kata Ardern dalam sidang media mingguan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9003 Replies : 15
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 4675 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198215 Replies : 4627
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 6947 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 6467 Replies : 8
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.240045 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list