View: 1315|Reply: 0
|
Hoverkraf sport pertama dunia berharga RM418,582
[Copy link]
|
|
AROSA yang boleh bergerak di atas jalan dan air, akan mula dijual pada tahun ini. - VON MERCIER
LONDON: Hoverkraf sport mewah yang pertama di dunia dilaporkan bakal dijual pada harga AS$100,000 (RM418,582).
Lapor Daily Mail, hoverkraf amfibia yang boleh bergerak di atas jalan dan air, akan mula dijual pada tahun ini.
Kenderaan itu mungkin tidak sepantas supercar namun ia mampu mencapai kelajuan maksimum 96.56 kilometer sejam (km/j).
Malah, ia boleh mencapai jarak sejauh 193 kilometer (km) apabila hoverkraf itu dipandu pada kelajuan sekitar 64km/j.
Berbanding kereta sport lain seperti Ferrari, McLaren atau Bugatti, hoverkraf itu bergerak di atas kusyen udara yang terletak di bawah badannya, sekali gus membolehkan pemandu meredah air dan memberi makna baharu kepada kenderaan off-road.
Direka oleh firma Von Mercier, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Arosa dikatakan merupakan `gabungan hoverkraf canggih dan inovasi kenderaan elektrik’.
Arosa mempunyai ruang dalaman terbuka dengan susunan tempat duduk tandem seperti jet pejuang dan sebuah papan pemuka digital.
Kenderaan itu juga dilengkapi dengan rangkaian kuasa elektrik yang merangkumi enjin petrol yang menggerakkan tiga motor elektrik.
Dua objek bulat yang kelihatan seperti rim roda gergasi pada Arosa sebenarnya merupakan pemutar untuk saluran kipas.
Hoverkraf sering dikatakan sukar untuk dikawal namun sistem kawalan arah lanjutan yang dibangunkan oleh Von Mercier membolehkan pergerakan yang lebih baik.
Sistem itu membolehkan Arosa bergerak ke hadapan, membelok, berhenti dan mengundur dengan mudah.
Von Mercier akan mengeluarkan sebanyak 50 unit model Arosa untuk peringkat permulaan dan berharap dapat dijual menjelang musim panas. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|