CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 1

[Sarawak] Covid19 22/02/2022

[Copy link]
Post time 22-2-2022 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-2-2022 11:40 AM




COVID-19: 441 kes baharu hari ini, Kuching 132 kes

KUCHING: Sarawak merekodkan peningkatan kes COVID-19 iaitu 441 kes baharu hari ini dengan kes tertinggi, 132 kes di Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan berkata, dua lagi daerah turut merekodkan lebih 100 kes iaitu Miri sebanyak 111 kes, diikuti Sibu (104).

Menurutnya, Bintulu merekodkan 25 kes dan Kapit (20), sementara daerah lain merekodkan kes di bawah 10.

JPBNS berkata, dengan jumlah kes baharu hari ini, kes kumulatif di negeri ini meningkat kepada 257,112.

Menurutnya, daripada 441 kes baharu itu, 438 kes adalah Kategori 1 dan 2, manakala tiga kes adalah Kategori 3 hingga 5.

JPBNS turut memaklumkan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini, justeru dua kluster masih kekal aktif di Sarawak.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 19 notis kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut JPBNS, kompaun dikeluarkan di daerah Miri sebanyak 10 notis dan Kuching (9).

Katanya, antara kesalahan berkenaan tidak menjaga penjarakan fizikal (10) dan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera (9).

Sehubungan itu, keseluruhan notis kompaun yang dikeluarkan polis sehingga kini sebanyak 13,385.


Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan 196 pemeriksaan harian.
JPBNS berkata, 15,432 pemeriksaan telah dijalankan kementerian setakat ini.


utusanborneo.com.my/2022/02/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2022 07:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.421511 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list