View: 1250|Reply: 0
|
Curi berlian RM23 juta, bayar balik RM1,400
[Copy link]
|
|
London: Seorang pencuri menyamar sebagai pakar permata yang menukar berlian bernilai 4.2 juta pound sterling (kira-kira RM23.8 juta) diarah mahkamah membayar balik kerugian itu dengan 250 pound sterling (kira-kira RM1,400).
Ketika kejadian, Lulu Lakatos, 60, memaklumkan kepada tukang emas Boodles di Mayfair di sini, bahawa dia dihantar untuk menilai tujuh batu berlian berharga bagi pihak pembeli dari Rusia.
Wanita itu bagaimanapun menggunakan kelicikan tangan menukar berlian asli itu kepada berlian palsu.
Tindakan itu dikesan tukang emas berkenaan dan wanita terbabit dipenjarakan.
Ketika menjalani prosiding pendengaran, mahkamah dimaklumkan Lakatos, ketika ditahan, hanya memiliki aset tunai bernilai 245 pound sterling (kira-kira RM1,392).
Hakim, Alexander Milne QC menyatakan 'perbezaan yang ketara' antara nilai berlian dicuri dengan aset dimiliki Lakatos.
Disebabkan aset tunainya dirampas, hakim menjatuhkan hukuman penjara sehari, jika tidak dia perlu membayar 250 pound sterling itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|