CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4050|Reply: 14

[Cadangan] PENGALAMAN DAN KISAH BENAR PART 2

[Copy link]
Post time 24-2-2022 12:16 AM | Show all posts |Read mode


DAN SALAM SEJAHTERA SEDUNIA ..................


PART 1 :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=470615&extra=&page=1



View: 199136|Reply: 2054








JOM SENYUM SAMBIL BELAJAU BAHASA ARAB DI SINI :


https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=645347&extra=page%3D1






LIKE & SHARE


https://www.facebook.com/saatpokteh/

FOLLOW MY BLOG


https://lawakkelasarabforumcari.blogspot.com/


















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2022 12:19 AM | Show all posts

V

Edited by GUAnamaSAAT at 24-2-2022 12:55 AM

STORY   V 001 :

30 DEC 2021

11 AM

I DROVE MY CAR SAGA FLX WITH MY BELOVED YOUNGEST MIRA FIQA FROM MALACCA TO KELANTAN .

WITH RM10 CASH  AND BANK RM1.17 CENT

ARRIVED SEGAMAT ,UNKNOWN TOP PETROL RM20

ARIIVED KUANTAN ,,UNKNOWN TOP PETROL RM30

ALHAMDULILLAH ARIVVED KOTA BHARU 9.30 PM





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 12:27 AM | Show all posts
I VISITED MY BEST FRIEND MOM

TOMORROW MORNING ,31 DEC 2021 , I VISITED HIS GRAVE

HIS ELDEST SON,NAJWAN TOOK ME TO GRAVE .



HIS PICTURE ,1990

I KNEW HIM WHEN I WAS 15 ..I AM SCHOOLING IN MAAHAD KOTA BHARU  AND HE SMK JALAN BAYAM KOTA BHARU

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Dato%27_Ahmad_Maher
















I WROTE THIS NOVEL SINCE 2010 BUT NOT COMPLETE YET...LATE AFFAN X KNOW ABOUT IT ...

ANOTHER NOVEL I AM WRITING IS








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 12:28 AM | Show all posts
HIS BIRTDAY IS 7 MAC

BORN 1973  AND PASSED AWAY 23 SEPTEMBER 2021

MY  BIRTHDAY IS 28 SEPTEMBER .....HOW SAD .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 12:29 AM | Show all posts

FROM 1989 WE BEFREIND AND CLOSED....

TILL TEENAGING ...

WHEN HE MARRIED...AND HIS WIFE IS DOCTOR .

HE WAS BUSINESSMAN .





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 12:34 AM | Show all posts


HOW i remembered everyting?

I wrote diaries since  10 years old ...










U all can read our memories......................

https://memoriesaffanandsaat.blogspot.com/


I am raining while blogging ...

al-fatihah for him ..............

ALLAHYARHAM HAJI AFFAN BIN HAJI ABDULLAH ( 1973-2021 )





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2022 12:38 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 12:40 AM | Show all posts






I WROTE AND MY EYES RAINING ....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
This is NOT my story but OUR STORY...........
al-Fatihah buat Allahyarham Affan bin Abdullah ( dibaca )
        “MY AFFAN’ adalah sebuah novel berdasarkan
KISAH BENAR persahabatan aku dengan Affan bin Abdullah.
Aku menulisnya sejak tahun 2010 dan hingga
sekarang belum siap,lantaran aku juga menulis
banyak buku,novel lain dan sebagainya.....
Tarikh 23 September 2021,Affan meninggal dunia dengan mengejut.10 hari kemudian,ayahnya
Haji Abdullah meninggal dunia.Aku kehilangan dua insan penting dalam kamus hidupku.
     Aku amat SEDIH .Jangkaan aku novel ini sempat
dibaca oleh Affan namun ALLAH SWT lebih
menyayanginya....
         Rancangan aku bersamanya melancong ke
Thailand,Kemboja dan Vietnam pada Disember 2022 hanya tinggal impian.
Aku merancang dan
mengumpul wang sejak tahun 2015 .Kali terakhir
kami bertemu pada 2 Syawal 2017 di gerai makan
Kota Bharu Kelantan.Kami berbual hampir sejam
tentang kenangan remaja,famili,bisnes DLL .
Kemudian aku ke hotel dengan anak keempat  aku bernama NUR AS SYAHIRAH yang ketika itu berusia 10 tahun .Itulah KALI TERAKHIR kami bertemu .
      Aku menulis dairi sejak usia 10 tahun dan
pastinya banyak memori suka duka aku tulis.
     Perkenalan kami sejak remaja hinggalah kami dewasa.Ada manis,pahit,payau,lemau dan
sebagainya.
     Di sini aku kongsikan beberapa sikap  dan kisah Allahyarham yang aku kenali sejak usia aku 15 tahun .
1.Affan adalah seorang DERMAWAN.Ketika aku
tinggal di KL dan berdepan masalah kewangan kerna
bisnes merudum,Affan memberikan RM500.Ketika itu,aku nak beli beras dan susu anak pun tiada wang
itulah modal bisnes hingga aku bangun semula setelah bertahun-tahun bisnes jatuh.
Beberapa tahun kemudian aku ke Kelantan dan
berikan cek RM1000 dan dia mengoyaknya.Dia SMS
“Aku  dah koyak cek kau bagi aku.Aku hadiahkan RM500 dan jangan ungkit lagi.Aku ikhlas membantu.Doakan  aku sihat dan umur panjang cukuplah”.Mataku berkaca.
2.Ketika zaman remaja,sekali sekala pada hari
Khamis atau Jumaat ,Affan akan datang ke rumah sewaku dan jemput aku bermalam di rumahnya.Kami akan mendengar lagu,menonton filem,berbual dan membuat kerja sekolah.Kami bermain gitar dan nyanyi sama-sama.
Affan selalu menyuruh aku tidur di katilnya dan dia tidur di bawah sekali sekala.Katanya “Kau tetamu aku,takkan kau kena tidur bawah?’.
Setiap Subuh,pastinya Ong atau Mai mengejutkan kami solat Subuh .Jika tidak,kami akan bangun tengahari !Subuh GAJAH la gamaknya hahaha
3.Kami pernah berselisih faham ketika remaja  dan Affan selalu MENGALAH.Dia datang ke rumah sewaku dan memujuk “Sampai bila kita nak berdiam?Takkan aku nak cakap
sorang-sorang???
Lantas dia hulurkan tangan dan  aku bersalam serta meminta maaf.
4.Aku menghantar Affan hingga ke KELANA JAYA ketika dia mahu mengerjakan fardhu haji .Kami
berpelukan dan air mataku jatuh.Itulah kali pertama
aku menangis berpisah sementara dengan dia .
5.Ketika aku ke LUAR NEGARA,aku menghantar
sumbangan dan niatkan pahala kepada Affan,
ibu-bapanya dan datok neneknya tanpa pengetahuan Affan ketika dia masih hidup.Aku mencontohi Affan .Dia banyak tolong aku dan isteri serta anaknya  hatta ibu bapanya pun  TIDAK TAHU !
6.Affan memiliki rumah sendiri ketika masih
BUJANG dan kami selalu bersama di rumahnya
berdua.Ketika itu Affan melukis batik dan mendapat
pendapatan RM70 - 100  sehelai.Kami jarang makan di
rumah,selalu makan di luar atau di rumah
ibu bapanya.Sekali sekala Affan memasak dan masakan kegemaran aku ialah Telur dadar bersalut serta daging masak kicap.
7.Pada 10 Oktober 2004,cerpen pertama aku HUJAN EMAS keluar akhbar BERITA HARIAN dan nama watak dalam cerpen tersebut ialah AFFAN ....
cerpensaat dot blogspot dot com
8.Pada tahun 2003 ,aku BANGKRAP dan Affan
satu-satunya sahabat yang rajin bertanya khabar.
Malah Affan menjemputku tinggal bersamanya
selama dua minggu.Aku kehilangan premis perniagaan dan menganggur berbulan lamanya .Aku hilang SEGALANYA.
9.Pada tahun 2007,buku aku bertajuk REMAJA
POSITIF terbit dan aku abadikan nama Affan dalam buku tersebut .Buku itu BEST-SELLER .
10.Pada tahun 2017,Affan menggunakan firman Allah SWT bermaksud “Setiap jiwa pasti MATI” sebagai wallpaper FB.Sejak itu aku sentiasa bertanya khabar melalui telefon,SMS  dan Whatsapp.Aku sentiasa doakan Affan dipanjangkan usia kerna hanya dia satu-satunya SAHABAT TERBAIK aku dunia akhirat.
11.Pada tahun 2012 aku berdepan dengan kes
mahkamah dan Affan yang rajin memberi nasihat dan motivasi.Alhamdulillah aku menang kes tersebut .
12.Affan sentiasa menasihat aku berkaitan
SYUKUR,REDHA dan QANAAH sejak kami remaja hinggalah dewasa.Kadangkala aku tersasar dan dialah PENASIHAT SETIA .
13.Affan adalah guru pertama aku bermain gitar .
Kami bermain gitar pelbagai lagu rock kapak.Lagu pertama ialah PELAYARAN MAY .
https://www.youtube.com/watch?v=uGP5PZA21cU
14.Affan lah sahabat yang sentiasa membawaku ke
klinik bila demam .Malah membayar bil klinik tanpa aku pinta.
15.POT kami selalu lepak malam Jumaat ialah rumah JOE di Kampung Paya Rambai Jalan Bayam .Kami ramai-ramai bermain gitar,menyanyi dan berborak kosong.
Pada satu malam ,tiba-tiba Affan berkata
"Sempena malam Jumaat ni ,kita tukar angin.Asyik main gitar dan nyanyi je..Borak kosong.Malam ni kita ada soal jawab agama....Bersama kita USTAZ SAAT akan menjadi guru dan aku pengerusi majlis.."
Terperanjat beruk aku malam tu .Aku baru tingkatan Empat masa tu dan mujurlah kawan-kawan Affan hanya bertanya soalan silibus SPM hahaha....Kalau depa tanya soalan silibus UIA  mampus aku kantoi malu hahaha.....
16.SMS dari Affan yg amat meruntun jiwaku pada
tahun 2012
“Saat, aku bukanlah seorang teman yang sempurna,namun hargailah ketika aku masih ada...Jangan luahkan
kepada manusia,namun luahkanlah di atas sejadah ketika bertahajjud..Wassalam”
       Kenangan kami sejak 1989 hingga terkini semuanya TERCATAT dalam diari-diari yang kian lusuh dimamah masa.....Affan,semoga kita bertemu di SYURGA FIRDAUS ,amin .......


Bacalah KISAH-KISAH  kenangan kami di BLOG :
( shortstoryaffansaat dot blogspot dot com )


https://www.facebook.com/saatpokteh





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2022 12:41 AM | Show all posts
AFTER   10 DAYS HE PASSED AWAY,HIS DAD HAJI ABDULLAH ALSO OFF ....

HE HAD ONLY ONE SISTER NAMED SANIAH .

ONLY 2 .

HE IS YOUNGEST .

SO SANIAH IS ALONG

AFFAN IS ANGAH

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 12:45 AM | Show all posts
STORY V 002 :

TO BE CONTINUED INSYA-ALLAH ...............


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 12:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 01:01 AM | Show all posts
"aku ingat kisah2 hidup dan pengalaman krn aku tulis diari sejak usia 10 tahun hingga hari ini....................................."
View Rating LogCreditsUser nameTimeReason
Credits +20medangmru4-3-2010 02:28 PMGreat Posting





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 01:05 AM | Show all posts
STORY V 002
YEAR 2004 :

I AM LOOKING IDEA AND WRITING SHORT STORY ( CERPEN )

AND SENT TO BERITA HARIAN





I remembered my best friend named AFFAN .............


Cerpen: Hujan Emas


HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.Kerajaan yang menyekolahkan kau, MARA yang memberi biasiswa hingga kau berjaya mendapat ijazah di Universiti Harvard. Mengapa pilih Amerika?," itulah kata-kata arwah ayahnya ketika Affan membuat keputusan untuk bekerja di Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajiannya.

Setelah lima tahun berkhidmat di negara Uncle Sam itu, Affan mula gelisah dan rindu pada tanah air. Pesanan ayahnya terngiang-ngiang di telinganya. Impian ayahnya untuk melihat anaknya berkhidmat di negara sendiri tidak terlaksana.

Dia memilih Amerika kerana ganjaran dan gaji yang lumayan, kemudahan dan seronok dengan kehidupan di negara maju. Malah ketika ayahnya menghembus nafas terakhir, dia berada di Kanada mengikuti kursus yang dianjurkan oleh syarikatnya. Hanya bacaan Al-Fatihah mengiringi pemergian ayah tersayang.

"Maafkan Affan kerana tak dapat balik. Sekarang Affan di Kanada. Assalamualaikum," begitulah jawapan ringkas apabila ibunya menghubungi untuk memberitahu kematian ayahnya.

Memang sedih tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir. Kewajipan dan tugas perlu diutamakan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Itulah kata-kata ibunya apabila dia mula menjejakkan kaki di Amerika untuk melanjutkan pelajaran.

Memang susah untuk membuat keputusan apabila mendapat berita kematian ayahnya.

Namun Affan tekad untuk meneruskan kerjanya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Jika dia pulang ke tanah air pun, ayahnya tak akan bernafas semula.

"Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar pelajar Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan, pengalaman, kemahiran. Kamu mestilah menceduk dan menimba pelbagai ilmu kemajuan di negara asing supaya dapat dipraktikkan di negara kita apabila kamu balik berkhidmat nanti.

Jika kamu sayangkan negara, belajarlah bersungguh-sungguh dan berkhidmatlah di tanah air setelah menamatkan pengajian nanti,". Begitulah ucapan Datuk Wira ketika majlis penyampaian biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara. Ketika ucapan itu masuk ke telinganya di dalam bangunan PWTC, Kuala Lumpur, semangat ingin berjaya dengan cemerlang berkobar-kobar dan impian untuk berkhidmat di tanah air ditanam di sanubari.

Namun segalanya berubah apabila berada di Amerika. Tika di tahun akhir pengajian, tawaran dari syarikat komputer terkenal, MICROSOFT, sampai di tangannya. Tawaran gaji dan pelbagai kemudahan menyebabkannya berubah fikiran. Keinginan berkhidmat di tanah air setelah tamat pengajian telah terkubur.

Setelah tamat pengajian, Affan balik ke tanah air untuk berehat beberapa bulan di samping menyampaikan berita gembira kepada keluarganya namun tidak diterima oleh ayahnya. Ayahnya menolak keras kemahuannya ingin bekerja di Amerika Syarikat.

"Kamu dah ada ijazah, apa yang kamu susah? Sini pun tak kurang hebat, ada syarikat

TELEKOM, TNB, RENONG dan lain-lain. Kamu boleh dapat kerja!," bentak ayahnya pada satu petang apabila Affan memberitahu keinginannya bekerja dengan MICROSOFT.

Namun Affan tetap dengan keputusannya. Dia meninggalkan tanah air dan bekerja di Amerika walaupun tanpa restu ayahnya, manakala ibunya hanya bersikap berdiam diri.

Pemergiannya ke Amerika hanya diiring ibunya di KLIA, Sepang. Ayahnya teramat marah dan kecewa dengan keputusannya. Tanpa restu ayah, memang membuatkan Affan agak serba salah. Namun keinginan dan ketamakan mendapat gaji dan ganjaran lumayan telah mengabui matanya.

"Mak, maafkan Affan. Affan tak dapat memenuhi permintaan ayah. Kirim salam pada ayah," katanya ringkas ketika dia ingin memasuki lobi berlepas. Ibunya hanya menitikkan air mata.

"Mak akan mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Affan di mana pun berada. Ingat pesan mak, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung! Jaga diri baik-baik…," pesan ibunya terputus putus akibat menahan tangisan.

Penerbangan ke Amerika dirasakan amat jauh sekali. Fikirannya menerawang. Teringat kenangan manis bersama ayahnya. Ayahnya menghantar ke sekolah ketika dia berumur enam tahun menaiki basikal buruknya. Air matanya merembes teringat kenangan silam.

Ayahnya selalu menceritakan kisah datuknya yang mempertahankan tanah air hingga

terkorban. Ayahnya selalu menanam sifat patriotik dan sayangkan tanah air.

Setelah setahun bekerja, Affan membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang juga rakan sekerja. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, lelaki dan perempuan. Walaupun berada di negara asing. Affan mendidik kedua anaknya agar mampu menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu mesti dikekalkan kerana bahasa melambangkan bangsa. Meskipun jauh dari tanah air, agama dan bangsa tidak pernah dilupakan. Didikan agama yang disemai oleh ibu bapanya semenjak kecil tetap dipraktikkan walau berada di negara asing.

Tinggal di kota Washington memang benar-benar menguji keimanan. Ramai hanyut

dalam budaya dan cara kehidupan Barat. Persetubuhan tanpa nikah, filem lucah adalah perkara biasa di kota ini. Masyarakat di sini hanya mementingkan keseronokan dan kebendaan.

Corak kehidupan dan gaya hidup moden masyarakat kota membuatkan Affan termanggu-manggu. Perbezaan dan jurang amat ketara jika dibandingkan dengan tanah air. Mujurlah didikan ibu bapa mampu menjadi benteng kepada Affan supaya tidak hanyut dalam budaya asing.

Kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke kota Washington membuka minda Affan.

Antara inti pati ucapannya di ‘Malaysia Hall’ yang dihadiri oleh rakyat Malaysia yang menetap di Amerika:

"Negara kita masih kekurangan jurutera, doktor, saintis dan pakar dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi. Jika kamu mempunyai kepakaran dan kemahiran yang diperlukan oleh negara, berbakti dan berkhidmatlah di tanah air. Kerajaan memang tidak mampu membayar gaji yang lumayan sebagaimana yang kamu dapati di negara maju seperti Amerika tetapi jika kamu balik dan berkhidmat di negara kita, kemajuan dan pemodenan akan lebih cepat terhasil. Jika kita menjadi negara maju dengan lebih cepat, kerajaan akan mampu membayar gaji yang lumayan sebagaimana yang kamu peroleh di sini. Tanah air banyak berjasa kepada kita, jadilah warga yang membalas jasa dan mengenang budi dengan berkhidmat di tanah air,".

Ucapan penuh emosi yang dilontarkan oleh perdana menteri membuat Affan benar-benar tersentak dan terpegun. Ia membuatkan Affan kembali mempunyai semangat dan kemahuan berbakti di negara sendiri.

"Ain, Abang nak berbincang," Affan memulakan bicara. Ain adalah panggilan manja isterinya yang bernama Norainah binti Abdullah.

"About what?" jawab isterinya dalam bahasa Inggeris.

"Abang nak balik ke Malaysia dan bekerja di sana. Cukuplah lima tahun berbakti di negara orang, abang nak berkhidmat untuk negara sendiri,".

“Up to you!" balas isterinya tidak acuh.

"Ain bagaimana? Nak ikut tak?," Affan cuba menduga.

"I'm with you where ever, what ever…," jawab isterinya dengan yakin.

Setelah berfikir panjang, Affan dan keluarga membuat keputusan untuk balik ke Malaysia. Affan merasa sedih dan terharu dengan pengorbanan isterinya yang sanggup meninggalkan keluarga di Amerika demi menurut suami tersayang.

"Amerika dah buang kau ke?," sindir kakaknya, Intan apabila Affan memberitahu hajatnya ingin pulang ke tanah air.

"Hujan emas di negeri orang…,” balasnya ringkas.

"Harap-harap keputusan kau tak berubah…," tegas kakaknya.

Affan mula mengemaskan barang-barang dan pakaian, menjual apartmen yang dibelinya dua tahun lalu, menyiapkan segala dokumen untuk pulang ke tanah air.

Surat berhenti kerja telah dihantar kepada pengerusi syarikat. Mr Bill, pengerusi syarikat menemui Affan dan menjelaskan kepada Affan bahawa dia tidak menerima surat peletakan jawatan.

"You can still be my worker, although not here," jelas Mr Bill.

"What do you meant,” tanya Affan.

"We will open new branch in Kuala Lumpur and you will be a marketing manager there," jelas Mr Bill dengan slanga Amerikanya. Affan amat gembira dengan berita itu.

Ternyata keputusannya pulang ke tanah air tidak silap. Bukan sahaja dapat berjasa kepada negara tercinta tetapi juga dapat memajukan teknologi komputer dengan menjadi pengurus MICROSOFT di Malaysia.

Kepulangan Affan dan keluarga disambut dengan gembira terutama ibunya. Ibunya tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila anak lelaki kesayangannya terpacul di muka pintu rumahnya.

"Apa khabar mak?", Tanya Norainah kepada ibu mentuanya dengan slanga tersendiri.

"Baik, nak. Orang putih pun pandai cakap Melayu!" gurau mentuanya.

Selepas mengemaskan barang-barang, Affan meminta izin ibunya untuk menziarahi pusara ayahnya. Di pusara, Affan membaca surah Yasin dan berdoa:

"Ya Allah, Tuhan Maha Pengampun, maafkanlah dosaku dan dosa ayahku. Rahmatilah dan kasihanilah ayahku yang banyak berjasa dan berbakti kepadaku. Limpahilah rahmat dan nikmat kepada ayahku," air matanya mula merembes.

Walaupun agak terlewat, namun Affan dapat menunaikan impian ayahnya untuk berkhidmat di tanah air walaupun kepulangannya agak menyedihkan kerana ayahnya telah pergi buat selamanya.

Affan bertekad akan mendidik anak-anak sayangkan tanah air, berjasa kepada bangsa, agama dan negara. Sebagaimana ayahnya menanam ke dalam jiwanya sayangkan tanah air, begitulah akan dilakukan kepada anak-anak.


~~~Tamat~~~


Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 01:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 05:56 PM | Show all posts
STORY V 004

1979 M

Gua tanya mak

"Kita kat mana mak ?"

jawabnya "Thailand.................."

Ketika usia gua 4 tahun,dah sampai Siam

sayang gambau xda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.743366 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list