CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 0

[Sarawak] Waspada 'arus kurau' ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Batu

[Copy link]
Post time 25-2-2022 04:22 PM | Show all posts |Read mode


Johnny (kiri) mendengar penerangan Khirudin (kanan) berkenaan amaran dan peringatan tertentu pada papan tanda keselamatan untuk pengunjung yang beriadah di Pantai Tanjung Batu.

BINTULU: Ibu bapa yang membawa anak-anak beriadah di kawasan pantai terutamanya di Pantai Tanjung Batu diingatkan sentiasa mengawasi anak-anak mereka dan berwaspada setiap masa jika anak-anak mereka mandi-manda di kawasan pesisir pantai tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, meskipun Pantai Tanjung Batu tempat riadah yang cantik tetapi ada bahaya tersembunyi yang perlu menjadi peringatan orang ramai agar tidak mandi-manda atau melakukan aktiviti laut di kawasan tersebut.

"Jangan benarkan anak-anak mandi di kawasan air laut dalam atau berenang di kawasan pantai tersebut," ujarnya semasa menghadiri Program Kelab 3K (Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak) anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu di Pantai Tanjung Batu di sini pada Rabu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad serta pegawai-pegawai kanan.

Katanya, berenang di pantai tidak sama seperti berenang dalam kolam renang kerana di pantai ada 'arus kurau' yang tidak kelihatan dan boleh mengundang bahaya.

"Meskipun ombak tenang namun keadaan itu mungkin perangkap maut," katanya sambil berharap papan tanda yang dipasang pihak berkuasa di kawasan itu boleh menjadi peringatan kepada ibu bapa dan pengunjung pantai supaya berhati-hati semasa beriadah di kawasan pesisiran Pantai Tanjung Batu.

Beberapa tahun sebelum ini banyak berlaku kes kejadian lemas di pantai tersebut terutamanya penghujung tahun.


utusanborneo.com.my/2022/02/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.592551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list