CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 0

[Sarawak] Permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan ambil tempoh lama

[Copy link]
Post time 25-2-2022 08:19 PM | Show all posts |Read mode



LAWAS: Permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang mengambil tempoh lebih lama  diluluskan menyebabkan penderitaan pemohon kerana dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar).
Menurutnya, terdapat dua kementerian yang memainkan peranan penting iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan dalam kes Jeanny Lianna Ating, 9 tahun, yang diberhentikan daripada bersekolah kerana status kewarganegaraannya.
"KDN bertanggungjawab dan ia mempunyai kuasa di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
"Masa dan tempoh untuk tindakan meluluskan atau tidak permohonan kewarganegaraan mengambil masa terlalu lama.
"Keperitan dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh permohonan ini adalah perit kerana mereka dinafikan hak  untuk mendapat pendidikan," kata Fatimah kepada media pada Khamis.
Perkara 15A menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang di bawah umur dua puluh satu tahun didaftarkan sebagai warganegara.
Fatimah menegaskan beliau sebelum ini meminta Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan, yang dibentuk di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan untuk ditubuhkan pada zaman mantan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Jawatankuasa itu dihentikan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi dikembalikan semula oleh kerajaan baharu.
Mengulas mengenai pendidikan, Fatimah menegaskan kuasa terletak di tangan Menteri Pendidikan.
“Menteri pendidikan terdahulu Dr Maszlee Malik (melalui cara pentadbiran, selagi kanak-kanak itu boleh menunjukkan bukti bahawa permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan sedang diproses) kanak-kanak tanpa kerakyatan dibenarkan pergi ke sekolah.
"Kanak-kanak tidak dinafikan hak asasi mereka untuk mendapat pendidikan walaupun mereka tidak bernegara melalui kaedah pentadbiran khas," katanya.
Fatimah juga mendedahkan beliau telah menulis surat kepada Menteri Pendidikan Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Oktober tahun lepas meminta beliau membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan bersekolah.
"Tetapi tiada jawapan," katanya.
Jeanny Lianna Ating yang berusia sembilan tahun sepatutnya berada di Darjah Tiga tahun ini, tetapi dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana status kewarganegaraannya.
Sijil kelahirannya menyenaraikannya sebagai bukan warganegara kerana ibunya seorang warga Indonesia.
Ibu bapanya lewat mendaftarkan perkahwinan mereka sehingga menyebabkan Jeanny dan empat adik-beradiknya berstatus bukan warganegara walaupun dilahirkan kepada bapa warganegara Malaysia.

utusanborneo.com.my/2022/02/25

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.180168 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list