CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 0

[Sarawak] Tiga kanak-kanak rentung dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 26-2-2022 03:15 PM | Show all posts |Read mode


Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Seberang Kedai, Lawas malam Jumaat mengorbankan tiga kanak-kanak.

LAWAS: Tiga kanak-kanak lelaki ditemui rentung manakala enam lagi selamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Seberang Kedai, Lawas malam Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.02 malam itu tiga adik beradik yang maut ialah Mohamad Hesdi Huzaidi Azrie, 4, Mohamad Hezmi Huzaili  Azrie, 7, dan Mohd Hezry Huzaimi Azrie, 8 tahun.

Tambahnya, enam lagi ahli keluarga berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran itu.

“Kebakaran tersebut melibatkan sebuah keluarga dengan sembilan orang penghuni mendiami rumah berkenaan.

“Bagaimanapun enam selamat, manakala tiga adik beradik lelaki berusia empat, tujuh dan lapan tahun didapati rentung dan dijumpai oleh pasukan Bomba di tingkat bawah rumah tersebut ketika operasi memadam dilakukan,”katanya dalam kenyataan hari ini.


Anggota bomba memadam kebakaran.

Mohd Hazmin berkata, ketika kejadian enam orang berada di rumah berkenaan dan tiga lagi penghuni berada di bandar Lawas.

“Operasi pemadaman segera dijalankan dengan menggunakan sumber air dari lori tangki jentera bomba.

“Api berjaya dikawal pada jam 11.37 malam dan padam sepenuhnya pada jam 12.45 tengah malam," jelasnya.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis pada jam 12.50 tengah malam untuk tindakan selanjutnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.496969 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list