
BERTEMBUNG: Keadaan dua kenderaan yang bertembung berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kimolohing Ranau.

PERIKSA: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi kejadian.
KOTA KINABALU: Dua individu mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Desa berhampiran perumahan Kastam di sini semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata kejadian jam 12.15 tengah malam itu membabitkan sebuah kenderaan jenis kompak dan pacuan empat roda.
“Dua individu warga tempatan masing-masing berumur 27 dan 30 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menaiki kenderaan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Pasukan bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 1.05 pagi.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, dua kenderaan dilaporkan bertembung kira-kira jam 10.39 malam berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kimolohing Ranau.
“Pihak bomba bagaimanapun tidak memperoleh maklumat mangsa dalam kejadian membabitkan dua kenderaan jenis lori dan pacuan empat roda itu.
“Kita hanya menjalankan operasi menanggalkan kepala bateri dalam kenderaan terlibat bagi memastikan tiada unsur bahaya di lokasi,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/02/26 |