
TERIMA KASIH: Willyfors menyampaikan sumbangan Masiung kepada Guru Besar SK. Pinangah, Hajah Kamiah Sabin sambil disaksikan oleh Ketua Penolong Kanan sekokah itu, Turik Humility (kiri).
KUNDASANG: Golongan pendidik wajar memainkan peranan sebagai duta kepada pelajar terutama melibatkan murid sekolah rendah dalam program imunisasi COVID-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, walaupun tiada undang-undang mewajibkan remaja dan anak-anak mengambil vaksin, namun peranan guru dan ibubapa untuk mengkeng penularan COVID-19 perlu diperaktikkan.
"Harus diingat, ketika pandemik COVID-19 menghantui dunia, imuniti berkelompok dilihat sebagai penyelamat pencegah virus maut itu," katanya ketika merasmikan majlis Lambaian Kasih Kunjungan Budi SK. Penangah semalam.
Teks ucapannya disampikan oleh Pegawai Perhubungannya Willy Frous Darinsok.
Masiung mengesa guru-guru supaya menjadi idola kepada pelajar sambil memberi motivasi kepada ibubapa agar membantu menjayakan program imunasasi kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah.
Katanya, jika setiap sekolah memetuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah tentu usaha kerajaan menangani COVID-19 dapat direaliasasikan.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan perpisahan tiga orang guru sekolah itu yang berpindah tugas di sekolah lain.
Guru Levender Gomes yang bertugas di sekolah itu selama 14 tahun akan berpindah di Sekolah Jenis Kebangsaan Che Hwa, Kolombong.
Sementara Vivie Giana dan Amran Kail masing-masing akan berpindah di SK. Pekan Pitas dan SK. Kebagu, Menggatal.
utusanborneo.com.my/2022/02/27 |