CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 866|Reply: 2

[Sarawak] Pantai Trombol dah dibuka semula

[Copy link]
Post time 28-2-2022 06:01 AM | Show all posts |Read mode


Bayaran Masuk Per Kereta, Pantai Trombol Kini Dibuka Kembali Untuk Orang Ramai

Pantai Trombol yang trending pada tahun lepas kini dibuka semula

Bayaran Masuk RM10 Per Kereta, Pantai Trombol Kini Dibuka Kembali Untuk Orang Ramai. Pantai Trombol yang dikenali sebagai hidden gems di Telaga Air dulu ditutup untuk orang ramai. Kini, telah dibuka kembali dengan bayaran untuk per kereta hanya RM10 sahaja.

Pantai ini pernah menjadi trending di media sosial kerana ianya merupakan pantai yang sangat luas dan sesuai untuk orang ramai datang beriadah. Bahkan, ianya juga salah satu tarikan penduduk tempatan untuk ke sana.

Bayaran masuk, RM10 per kereta manakala RM15 untuk kereta besar seperti SUV.


Namun, tidak lama kemudian pantai tersebut tidak dapat diakses oleh orang ramai kerana jalan utama keluar masuk untuk ke pantai Trombol ditutup susulan pemilik tanah enggan memberi kerjasama.

Kini, pantai kegemaran ramai dibuka semula dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM10 untuk per kereta, manakal RM15 bagi yang menggunakan kenderaan besar seperti 4×4, SUV dan MPV.

Dikhabarkan jalan utama ke Pantai Trombol masih ditutup oleh pemilik tanah.

Walaupun jalan utama untuk ke pantai Trombol masih tutup, kini terdapat satu jalan atau laluan baharu yang tidak jauh dari jalan utama tersebut untuk anda ke destinasi. Di dalam gambar yang dimuatnaik pada tahun lepas, boleh dilihat satu notis yang diletakkan pada jalan utama di mana ia berkata “harta persendirian, tidak dibenarkan menceroboh”.

Diharapkan orang ramai peka dengan kebersihan pantai sekeliling dan bersama menjaga adab dan tidak mencemarkan keadaan ketika berada di tempat umum setelah pantai ini dibuka untuk orang ramai.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2022 06:02 AM | Show all posts
Untuk customer yang ingin bermain ATV di pantai Trombol MAS ATV MOTOR EXTREME,kami akan memberi potongan harga jatuh cinta RM10 RINGGIT WOW WOW




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2022 06:09 AM | Show all posts
Banyak yang pm saya madah pasal "PEMBUKAAN PANTAI TROMBOL", Sorrylah xsempat sy nk nanga chat ktk org, nang benar pantey ya dah bukak semula TETAPI bukan tempat yang sama Dan Bukan org yang sama. Bukak telinga besar2 !

- Pantey ya Adalah "PRIVATE PROPERTY", so memang jelas lah berbayar masuk. Nisik ada percuma sebab ya adalah hak owner. Sidak owner ya ngeluar modal kedirik pakey molah jalan ya. Ada sebab lah jalan ya dikenakkan bayaran.

- Senang cerita wahai manusia,mun rasa mahal iboh masuk senang jak.  Hak masing2 ! Mun mahal diat jak dari jauh mun rasa gian nk masuk sila masuk. Tutup cita, pergi tempat ko tempat yg free² nun ! Xda org melarang....sebelum tok pantey free tapi sikap jakun ktk org xda jaga kebersihan pantey. Sila ubah sikap ya !

- Tok last pesan kmk, berbuihhh mulut ..segelintir penunggang motosikal ya iboh lalu masuk jalan trombol lalu berlagak kedak SUPERMAN masuk. Nang kedak ko molah jalan ya kau pun ! Membahayakan nyawa org jak. PLEASE HORMAT TEMPAT ORANG DAN HORMAT PENGGUNA JALAN RAYA.

Sekian dari Warga Trombol.

credit








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.309172 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list