View: 2615|Reply: 4
|
[Cinta]
Perkahwinan jarak jauh punca muncul 'kekasih gelap'
[Copy link]
|
|
Perkahwinan jarak jauh punca muncul 'kekasih gelap'
Perkahwinan terlerai angkara orang ketiga yang akhirnya menimbulkan konflik baharu dalam rumah tangga. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perkahwinan jarak jauh dan kehadiran orang ketiga antara faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga ranap di pertengahan jalan.
Tambah rumit, sesebuah 'masjid runtuh' angkara orang ketiga yang akhirnya menimbulkan konflik baharu dalam rumah tangga, selain diburukkan lagi dengan perubahan gaya hidup dan perasaan cinta serta kasih sayang yang semakin pudar.
Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Siti Marziah Zakaria, berkata orang ketiga ibarat barah sehingga mengganggu gugat keharmonian dan meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga.
Siti Marziah Zakaria.
Katanya, kewujudan 'kekasih gelap' menjadi faktor penolak dan penarik yang tanpa disedari boleh membawa kepada masalah baharu dalam rumah tangga.
"Kehadiran orang ketiga tentu memberi ancaman kepada keharmonian rumah tangga. Mereka boleh muncul dalam rumah tangga apabila ada peluang dan ruang.
"Kedua-dua pihak, sama ada suami atau isteri boleh membuka peluang kepada orang ketiga untuk menghantui dan mengganggu rumah tangga.
"Perkahwinan jarak jauh kerana faktor kerjaya, keluarga menjadi antara punca yang boleh mewujudkan pasangan kepada skandal atau orang ketiga," katanya.
Siti Marziah berkata, ini kerana perkahwinan jarak jauh memerlukan komitmen, kesetiaan, rasa tanggungjawab dan pengorbanan yang tinggi.
"Justeru, suami dan isteri perlu reda serta bersedia berkorban jika ditakdirkan berjauhan.
"Namun, jika tidak mampu untuk menjalani hidup sebagai pasangan jarak jauh, mereka mesti mencari jalan untuk hidup bersama kerana apabila berjauhan, perasaan bosan, sunyi dan kosong sentiasa memburu mereka.
"Bagi pihak lelaki, mereka mula memikirkan untuk mencari pasangan baharu bagi mengisi kekosongan, manakala bagi wanita pula, jika sudah memiliki anak, bebanan dan tanggungjawab yang mereka perlu tanggung tentunya berganda," katanya.
Beliau berkata, ia juga akan menyebabkan wanita perlu berdikari jika melalui perkahwinan jarak jauh kerana akan berhadapan dengan episod tertekan, lesu upaya (burnout) dan rasa tidak berdaya jika diuji dengan masalah kesihatan dan anak.
"Jika suami pula bersikap lepas tangan dan mengambil mudah, ia akan menambah bebanan emosi yang mereka tanggung. Dalam situasi ini, kehadiran orang ketiga akan sangat diraikan oleh mereka," katanya.
Beliau berkata, rumah tangga yang berkonflik mudah sahaja memberi peluang kepada ancaman kehadiran orang ketiga.
Ada pasangan suami isteri yang mungkin sudah lama bertahan dalam rumah tangga yang tidak harmoni kerana faktor kewangan, anak menjaga nama keluarga atau komitmen terhadap keluarga.
"Namun, mereka tidak dapat menafikan keperluan emosi untuk rasa disayangi, diperlukan dan dihargai oleh pasangan.
Kewujudan ‘kekasih gelap’ akibat perkahwinan jarak jauh menjadikan kerukunan rumah tangga tergugat. - Gambar hiasan
"Justeru, konflik berterusan tanpa sebarang usaha untuk menanganinya hanya akan mencederakan emosi mereka.
"Mereka akan mencari 'kelegaan' di luar dengan memulakan hubungan yang baharu dan mencari 'orang baharu' yang boleh memenuhi keperluan emosi dan membahagiakan," katanya.
Selain itu, suasana mungkin juga menjadi bertambah serius jika ada campur tangan daripada kawan, jiran tetangga, saudara-mara, malah ibu atau ayah mentua dan ipar duai.
Sebenarnya mereka boleh menjadi orang tengah dalam usaha mendamaikan pasangan bermasalah, bukan menambah buruk keadaan.
Mengulas lanjut, Siti Marziah berkata, konflik dan pencetus masalah rumah tangga perlu ditangani secara bersama antara pasangan.
Komunikasi terbuka sangat penting untuk mencapai persetujuan dan persefahaman, selain toleransi, sabar, empati dan kematangan bagi menangani perbalahan itu.
"Malah, ada pasangan mungkin perlu orang tengah untuk memudahkan proses komunikasi dan mencari penyelesaian.
"Kaunselor dan perunding perkahwinan juga diperlukan bagi memberi perspektif dan menyuluh jalan kepada pasangan yang sedang menghadapi konflik perkahwinan.
"Pasangan berdepan konflik perlu diselamatkan dengan syarat kedua-duanya masih menginginkan perkahwinan itu, masih ada perasaan sayang dan sedia memperbaiki diri," katanya.
Ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan wujud orang ketiga dalam rumah tangga termasuk akibat perubahan hidup seperti menerima zuriat, konflik peranan, komitmen baharu, diberhentikan kerja, didiagnosis penyakit dan penuaan.
Isu kewangan juga menjadi ancaman kepada keharmonian rumah tangga dan kestabilan perkahwinan.
Krisis kewangan dihadapi kadangkala menghasut mereka untuk keluar daripada kemelut itu dengan mencari jalan pintas, iaitu meninggalkan pasangan untuk memulakan hidup baharu bersama pasangan lain.
Bagi faktor cinta yang pudar, katanya setiap perkahwinan melalui fasa berbeza dan kebanyakan perkahwinan diuji dalam tempoh 10 tahun yang pertama.
Katanya, episod cinta dan keintiman pasangan ada jatuh naiknya dan orang ketiga selalunya hadir pada fasa 'jatuh.
https://www.bharian.com.my/wanit ... uncul-kekasih-gelap
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak curang...depan mata pun boleh curang.....
Jenab Santorian Dan Ahmad Sapu,
Pasangan PJJ
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya da bilang lama berkurun pohon cemara lagi bab gini lam porem ni
Saya kata pompuan di cipta di lahirkan untuk lelaki
Saya kata lagi pompuan ESP isteri takkkk boleh ko tinggalkan..apa lagi berjauhan
Pompuan haram bersendirian..takkkk boleh..jiwa kacau nanti
Pulak tu bila berbini ko wajib kne hiburkan dia..pujian tu wajib..btuii palsu lain Cite..yg penting telinga dia sengit sodappp Ajo
Ingat mudah jaga bini? Susah nya tu sampai nabi bilang klo di izin tuhan dia mahu isteri sujud kat suami. Pasai pa? Ce pikir pasai pa?
Isteri ni koje dia satuuuu je..BERHIAS DIRI UNTUK SUAMI. SUAMI kne piiii tangkap ikan pi siang masak tumbuk kunyit pung Pang pung Pang thennnn suap bini tu yg pakai baju cantik seksi has
Sapa redha n sanggup? Ituuu sebeno keje suami
Klo dah gitu masih curang baru btuii di hukum..agak agak berapa kerat? Bini bini nabi pun bergaduh haaa cemburu sesama depa..nabi tu..sebaik baik suami layan bini has nabi!!!
Dah tu..pi salahkan isteri ..wanita..pesai? Sapa Suh tinggal selama..tinggal se hari dua udah Ler..mai musim mengawan dia tiap bulan..Bangla pun jadi..Indon pun jadi..salah sapa? Bini tak toyol orat yer ahahahaha..yg top tu Ler PLG buasss n senang ko goda..sapa Suh tinggal tinggalkan..bawak Ler..ikat tali kat badan..seretttt je memana haaa
Manusia ada dua..lelaki wanita. Lelaki di lantik ketua bagi wanita.klo ketua nya bodoh jahil malas..nk salahkan wanita nya ka? Tp kaum ibu ini baikkk..sabar..tp jarang tepat pada tempat nya.
Telok tangan sebelah takkan bintik.. sikit-sikit lama lama sakitttt haaa..pompuan Kenot be alone..design n function depa MMG naturale for a man. Nk jadi MCM Rabiatul Adawiyah bulehhh tp tak elok. Nk pahala mudah bila ada suami haa..dia pi solat jumaat ko isteri pun dapat pahala yg sama aaa tp ramai kaum jantan jahil tugas depa kat isteri..tau memuji jek pas tu blah MCM kucing dah kontang..buat dekkkkk je..ciannn bini..teruk layan suami pastu 9 bulan lebih tokleh pakai baju lelaki pastu 2 taun lebih susukan anak..adaaa jantan ok seme ni? Tau nk cretttttt je..goblok..kan?
Perempuan di cipta untuk lelaki..anugerah Ilahi so ambik Ler tahu..blajo..kenal..siapa itu wanita
Ni bini piyed pun dia tatau..Sabo je ke Samsol gitu |
|
|
|
|
|
|
|
firman Allah yang pertama
وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ
وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyu'
02:45
tidak ada nasihat yang lebeh afdal dari nasihat Nabi RasulUllah SAW
adalah benar ..
Nabi s.a.w. bersabda :
‘‘Mana-mana perempuan yang melakukan
1. sembahyang 5 waktu,
2. berpuasa d'bulan Ramadhan,
3. menjaga maruahnya dari yang haram dan
4. mentaati suaminya
maka d'persilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang d'sukainya.’’
Riwayat Ahmad
Sadaq Allahu al Aliyyul Azim
waSadaqa Rasool ul Nabi ul Karim
semoga selamat perkahwinan anda dunia akhirat .. aamiin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|