CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Kelantan] Polis Kelantan guna dron pantau situasi banjir

[Copy link]
Post time 28-2-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Zaki (dua dari kanan) melakukan pemantauan menggunakan dron bagi melihat kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah ditenggelami banjir di Rantau Panjang pada Isnin.

PASIR MAS - Polis Kelantan melakukan pemantauan dengan menggunakan dron bagi melihat kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah ditenggelami banjir di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penggunaan dron itu memudahkan pihaknya menghulurkan bantuan dengan secepat mungkin.

"Menerusi pemantauan dron itu, kami dapat melihat situasi terkini banjir yang melanda di satu-satu kawasan dengan lebih jelas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 500 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lati di sini pada Isnin.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.


Muhamad Zaki (tiga dari kiri) bersama Mohd Nasaruddin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 500 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lati, Pasir Mas pada Isnin.

Menurutnya, hasil pemantauan melalui dron, pihaknya dapat menggerakkan aset sama ada lori atau bot untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata, Polis Kelantan akan menerima empat buah bot baharu yang digunakan untuk operasi menyelamat di kawasan perumahan.


Muhamad Zaki berkata, bantuan turut diterima daripada pelbagai agensi penyelamat seperti Pasukan Gerakan Am (PGA); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan banyak lagi dalam penugasan menyelamat.

"Situasi banjir di negeri ini masih lagi terkawal dan Polis Kelantan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menyelamatkan mangsa banjir," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ntau-situasi-banjir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.119334 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list