Edited by Vellfire at 1-3-2022 02:41 PM


Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat mendadak
KUCHING: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini meningkat mendadak dengan 1,248, menjadikan jumlah kumulatif kes 261,060, lapor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
Pada Selasa, kes baharu ialah 442. JPBNS turut melaporkan, cuma 18 kes tergolong dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 1,230 adalah kategori satu dan dua.
Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 430 kes diikuti Miri (238) dan Sibu (180).
Manakala Bintulu 82 kes,Serian (47), Samarahan (45), Sarikei (39), Kapit (21), Bau (18), Sri Aman (17), Matu (16), Lawasa (15), Mukah (11) dan Saratok (10).
Sementara beberapa daerah lain merekodkan kurang 10 kes.
Tiada kematian direkodkan.
utusanborneo.com.my/2022/03/01
|