CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

[Sarawak] PPM patahkan cubaan curi kayu hutan

[Copy link]
Post time 1-3-2022 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-3-2022 03:41 PM



RAMPAS: Kayu hutan yang berjaya dirampas dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan aktiviti cubaan mencuri kayu hutan di kawasan laut Tg. Paras, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata pasukannya mengesan sebuah perahu sarat dengan muatan dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Katanya, anggota PPM segera bertindak menghampiri perahu berkenaan untuk tujuan pemeriksaan dokumentasi dan barang yang dibawa.

“Bagaimanapun, juragan perahu berkenaan bertindak nekad terjun laut dan melarikan diri ke kawasan bakau berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas perahu berkenaan menemukan beberapa batang kayu dipercayai dicuri dari hutan berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, suspek disyaki menebang dan mengeluarkan hasil hutan tanpa permit daripada Jabatan Perhutanan Sabah.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan termasuk perahu yang dianggarkan bernilai RM1,450 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

“Kesemua kayu hutan yang dirampas itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah daerah Lahad Datu dan kes disiasat di bawah Enakmen Perhutanan 1968,” katanya.

Gan berkata seluruh komuniti maritim diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang kepada PPM Wilayah 4 Sabah.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197,” katanya.



utusanborneo.com.my/2022/03/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.167516 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list