CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 0

Lidahnya jadi hitam dan berbulu

[Copy link]
Post time 13-3-2022 10:03 PM | Show all posts |Read mode


DELHI: Lidah seorang lelaki di India bertukar hitam dan ditutup dengan lapisan rambut selepas dia dicadang menggunakan diet puri selepas mengalami strok, menurut Arynews.

Laporan dari Live Science, mengatakan lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an mengalami proses lapisan bakteria yang tebal dan kulit mati pada lidahnya selepas dia mengalami strok.

Doktor dari Hospital Perubatan di Cochin Kerela mengklasifikasikan kesnya sebagai kes luar biasa dalam Journal Jama Dermatology mereka.

Lelaki itu didiagnosis dengan keadaan perubatan yang disebut “lidah berbulu hitam” secara perubatan dikenali sebagai lingua villosa nigra.

Dia diserang angin ahmar tiga bulan sebelum itu, menyebabkan bahagian kiri badannya lumpuh, sekali gus menjejaskan keupayaannya mengunyah.

Doktor merawatnya ketika itu memberinya diet makanan yang sudah dikisar atau dilecek dan cecair.

Kira-kira dua bulan kemudian penjaganya menyedari wujud “pigmen hitam” yang menutupi lidahnya.

Pasukan Dermatologi mengambil sampel lendir dari lidahnya serta membuat kesimpulan, dia mengalami lingua villosa nigra.

“Pesakit dan penjaganya diberi nasihat berkaitan langkah pembersihan yang betul, dan warna lidahnya kembali normal selepas 20 hari,” kata doktor dalam jurnal itu sambil menambah keadaan lidah berbulu hitam hanyalah sementara dan tidak berbahaya.


sarawakvoice.com/2022/03/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041208 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list