|
Pelakon Lana Nordin yang pernah dikecam kerana dikatakan anti vaksin kelihatannya telah pun berada di Malaysia jika dilihat melalui hantaran-hantaran di laman Instagram miliknya.
Diminta 'mereput' dan dihalau balik ke USA, pada September 2021 Lana telah memuat naik video dia bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke negara asal suaminya.
"Adios, selamat tinggal," katanya.
Foto : Lana Nordin
Kira-kira enam bulan kemudian, pada Mac 2022 ketika Malaysia bakal memulakan fasa endemik, Lana memuat naik video suaminya, Daud Mackenzie yang menyertai kejohanan bola tampar mewakili Sabah di Shah Alam.
Dan menerusi hantaran terkini di IG, Lana memaklumkan yang Lana's Bakery Land, 'one stop centre' untuk produk-produk bakeri, dari bahan bakeri sehinggalah kepada produk bakeri siap dimasak yang juga merupakan air tangannya sendiri bakal dilancarkan pada bulan sama.
Menjawab soalan Rita Rudaini yang bertanyakan sama ada artis sendu sepertinya yang belum divaksin boleh atau tidak masuk ke premis Lana's Bakery Land' ataupun Lana bakal menggantung papan tanda "hanya yang berdose-dose saja dialu-alukan", Lana berkata, kedainya tidak mengamalkan diskriminasi, vaksin atau tidak, boost atau tidak, semua dijemput datang.
"Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari," katanya. - CARI
|
|