CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 1

[Pahang] 17 ditahan daki Gunung Nuang tanpa permit

[Copy link]
Post time 20-3-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Antara 17 individu yang ditahan ketika mendaki Gunung Nuang kerana tidak memiliki permit memasuki hutan simpan. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Bentong: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong menahan 17 individu yang mendaki Gunung Nuang dalam Hutan Simpan Lentang, di sini, tanpa permit memasuki hutan simpan, semalam.

Mereka yang terdiri daripada lima wanita dan 12 lelaki berusia antara 25 hingga 52 tahun ditahan anggota penguat kuasa ketika melakukan aktiviti mendaki dalam kawasan hutan simpan terbabit.

Pegawai Hutan Daerah Bentong, Muhamat Azman Yahya berkata, siasatan mendapati kumpulan terbabit datang dari Selangor untuk mendaki Gunung Nuang yang terkenal dalam kalangan pendaki tempatan.

Beliau berkata, alasan tidak mengetahui perlu memohon permit untuk memasuki hutan simpan diberikan kumpulan pendaki terbabit, dan tindakan itu seolah-olah kali pertama mereka terbabit dengan aktiviti mendaki gunung.

"Sedangkan beberapa individu terbabit mendakwa mereka sebelum ini pernah memohon permit memasuki hutan simpan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bagi melakukan aktiviti mendaki.

"Bagaimanapun mereka mendakwa ini kali pertama mendaki Gunung Nuang yang terletak dalam Hutan Simpan Lentang.

"Kumpulan terbabit ditahan dan laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis," katanya, di sini, hari ini.

Muhamat Azman berkata, individu yang memasuki hutan simpan tanpa permit di negeri ini boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang memasuki hutan simpan tanpa permit dan papan tanda amaran disediakan serta tidak ada alasan mereka tidak mengetahui.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2022 04:12 PM | Show all posts
aku naik 2x gng nie...errrr xtau lk ader larangan....bersepah hikers....tp lama dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.195545 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list