|
BADRUL Amin menawarkan ganjaran RM2,000 kepada sesiapa yang menjumpai pacuan empat roda miliknya selepas disyaki dicuri pada pagi Rabu lalu. FOTO Ihsan Badrul Amin Md Daud
Jertih: Seorang pemilik kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux menawarkan ganjaran RM2,000 kepada sesiapa yang menjumpai kenderaan itu selepas disyaki dicuri pada pagi Rabu lalu.
Badrul Amin Md Daud, 30, berkata, dia hanya menyedari kehilangan pikap berkenaan pada 10 pagi selepas tiada di tempat parkir rumahnya di Kampung Apal.
Katanya, pada awalnya dia tidak menyangka kenderaan itu hilang kerana beranggapan bapanya menggunakan pikap itu untuk ke kebun.
"Namun bapa beritahu dia tidak guna Hilux itu dan kami mengesyaki ia dicuri sekitar 3 hingga 4 pagi.
"Kebetulan pada malam kejadian, abang ipar datang ke rumah dan semasa mahu pulang Hilux itu masih berada di parkir pada 1 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Badrul berkata, dia membeli pikap itu dengan harga RM22,000 pada penghujung tahun lalu untuk digunakan masuk ke kebun dan baru sahaja digunakan tiga bulan sebelum hilang.
Menurutnya, dia sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut susulan kejadian itu.
"Buat masa sekarang selain mencari di kawasan sekitar, saya turut menggunakan media sosial untuk menjejaki Hilux SR dengan nombor pendaftaran CBF 1595," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di laman Facebook Anak-Anak Jerteh, Besut dalam tempoh seminggu terdapat empat pikap pelbagai model dilaporkan hilang antara 14 Mac sehingga 19 Mac.
Antara lokasi dilaporkan hilang di Kampung Pasir Akar, Kampung Apal, Kampung Padang Landak dan Kampung Padang Luas.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad mengesahkan menerima laporan kejadian itu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|