CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Terengganu] Sultan Terengganu syor kajian impak, ambil kira persekitaran global

[Copy link]
Post time 21-3-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Samsuri membacakan titah ucapan Sultan Terengganu pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. - NSTP/GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Mizan Zainal Abidin mengesyorkan kerajaan negeri melaksanakan satu kajian impak yang mengambil kira persekitaran global.

Baginda bertitah, kajian impak itu termasuk kesan langsung terhadap sektor penting ekonomi negeri seperti perkhidmatan dan pelancongan apabila sempadan negara dibuka semula nanti.

Titah baginda, Bank Dunia dalam satu laporan pada Januari lalu telah membuat unjuran bahawa ekonomi dunia dijangka masih berkembang secara positif untuk 2022.

"Bagaimanapun, perkembangan ekonomi dunia dijangka menunjukkan trend atau arah aliran menurun, iaitu pada kadar 5.5 peratus pada 2021, 4.1 peratus (2022) dan 3.2 peratus (2023).


"Trend penurunan dijangka berlaku susulan ketidaktentuan ekonomi dunia yang bakal menyebabkan banyak negara terkesan, khasnya negara-negara membangun seperti Malaysia.

"Perbelanjaan kerajaan dan penggubalan dasar kewangan di negara-negara ini memerlukan pemikiran segar serta pendekatan berbeza kerana kita kini berada dalam satu keadaan yang belum pernah kita hadapi sebelum ini (uncharted territory)," titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Titah ucapan baginda dibacakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Seterusnya, Sultan Mizan bertitah, peperangan yang berlaku susulan serangan tentera Russia ke atas Ukraine, akan mendatangkan impak sangat teruk terhadap ekonomi dunia

Baginda bertitah, sekatan ekonomi dikenakan ke atas Russia turut menyebabkan harga komoditi dalam pasaran dunia seperti bahan api dan bahan makanan seperti gandum dan jagung, meningkat.

Justeru, titah baginda, kajian impak itu perlu mengenal pasti bukan saja kesan ke atas pembangunan Terengganu, malah menghasilkan cadangan khusus bagi mengurangkan impak langsung ke atas isi rumah B40 dan M40.

"Misalnya, data terkini merekodkan terdapat 985 orang golongan miskin tegar dan 26,526 orang golongan miskin di Terengganu yang memerlukan perhatian semua pihak," titah baginda.

Selain itu, baginda masih menaruh kebimbangan dengan perkembangan terkini COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak penularan varian Omicron.

Justeru, baginda menyeru pihak kerajaan negeri dan rakyat di Terengganu untuk terus meningkatkan amalan penjagaan kebersihan serta mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

"Situasi penularan COVID-19 telah mula beralih kepada fasa pemulihan yang memerlukan semua menjalani kehidupan secara norma baharu.

"Beta menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan semua pihak dalam membendung penularan wabak ini," titah baginda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062442 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list