CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Terengganu] Budak cedera diserang kera

[Copy link]
Post time 22-3-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Umar Ziyad kini mendapat rawatan di Hospital Kemaman. FOTO Ihsan Suzilawati Ismail.

Dungun: Budak lelaki cedera selepas diserang seekor kera dalam kejadian di halaman rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, di sini, kelmarin.

Kejadian 6.55 petang itu mengakibatkan Muhammad Umar Ziyad Zaharudin, 7, cedera di tangan kiri dan kaki kanan.

Ibu mangsa, Suzilawati Ismail, 39, berkata, sebelum kejadian, dia bersama anaknya itu dan seorang lagi anaknya berada di rumah kakaknya yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

"Muhammad Umar ketika itu meminta izin untuk pulang ke rumah lebih awal dan tiba-tiba saya terdengar dia menjerit dengan kuat.

"Saya berlari turun dari rumah kakak dan mendapati seekor kera di betis anak dan mangsa ketika itu terloncat-loncat cuba melepaskan gigitan kera itu sambil meraung kesakitan, "katanya.

Katanya, suaminya yang berada di dalam rumah segera turun untuk menyelamatkan anaknya itu sebelum kera itu melarikan diri.

"Ketika itu saya sangat takut selepas melihat keadaan tangan dan kaki anak berlumuran darah dan kesan koyakan pada kakinya memang besar dan agak dalam.

"Saya segera membalut luka di tangan dan kakinya dengan kain sebelum suami menghantar anaknya itu ke Hospital Dungun, "katanya.

Menurutnya, berikutan keadaan koyakan yang dalam sehingga ke paras tulang, anaknya itu terpaksa dihantar ke Hospital Kemaman, kira-kira 10 malam.

"Anak saya terpaksa menjalani pembedahan bagi mencantumkan semula kulit dan isi kakinya yang koyak itu.

"Kera itu adalah milik penduduk kampung yang sama dan binatang liar itu dikatakan melarikan diri akibat terlepas daripada tali ikatan," katanya.

Katanya, anaknya itu sepatutnya memulakan hari pertama persekolahan, namun terpaksa menangguhkan pembelajaran akibat kecederaan itu.

"Biarpun lukanya agak serius namun saya bersyukur dia selamat dan saya sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Dungun, "katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.082975 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list