CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Terengganu] 45,058 murid miskin di Terengganu terpilih menikmati RMT

[Copy link]
Post time 23-3-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Kira-kira 45,058 murid miskin di seluruh negeri terpilih untuk menikmati Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Jumlah murid yang ibu bapa mereka dikategorikan di bawah B40, dipilih menikmati RMT itu tidak termasuk murid Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan secara bersemuka kelmarin.

Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) negeri, Mohamad Ropaat Khamid berkata, langkah Kementerian Pendidikan (KPM) meneruskan RMT bagi meringankan bebanan ibu bapa terutama dibawah B40, perlu diperluaskan.

"Hasil pemantauan jawatankuasa PIBKS pada hari pertama sesi persekolahan penggal pertama kelmarin dan semalam mendapati proses pengoperasian pembukaan sekolah lancar dan menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KPM.
Disyorkan Untuk Anda

    KPM siasat murid RMT hanya diberi nasi, kuah
    Trend kehadiran murid lebih 85 peratus
    Gambar tular nasi tanpa lauk bukan program RMT
    'Seeloknya berpakaian seragam ke sekolah'

"Kita berpuas hati dengan proses pengoperasian dilakukan pihak sekolah terutama membabitkan murid Tahun Satu," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Ropaat berkata, PIBKS juga berpuas hati dengan kesediaan pengusaha kantin kerana sanggup menyediakan makanan berkualiti untuk murid terpilih menikmati RMT, walaupun harga ditetapkan kerajaan rendah.

Katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai keselamatan kesihatan pelajar dan murid kerana Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan pengurusan sekolah sentiasa mengutamakan pematuhan SOP seperti ditetapkan kerajaan.

"Ibu bapa diminta membenarkan anak mereka hadir setiap hari untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka kerana langkah pencegahan sering diutamakan pengurusan sekolah," katanya.

Sementara itu, beberapa pengusaha kantin sekolah merayu KPM menaikkan kadar bayaran RMT kepada RM4 berbanding hanya RM2.50 bagi setiap murid.

Katanya, rayuan menaikkan kadar bayaran RMT itu sudah dikemukakan kepada Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah berikutan berlakunya kenaikan harga bahan mentah, termasuk ayam.

"Walaupun KPM sudah menambah bilangan penerima RMT bagi membantu meringankan beban pengusaha kantin, tetapi kaedah itu tidak dapat menyelesaikan masalah berikutan berlakunya kenaikan harga barang mentah," katanya.


Pekerja kantin sekolah sedang menyiapkan makanan untuk diagihkan kepada murid yang terpilih menikmati RMT, hari ini. - Foto BAHAROM BAKAR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list